nak ikut.....

Saturday, March 27, 2010

Kata Laluan

Apa itu kata laluan @ password??

Menurut wikipedia, kata laluan merupakan sejenis bentuk data pengesahan rahsia yang digunakan untuk mengawal capaian kepada suatu sumber. Setiap orang yang ingin memasuki sistem akan diuji dan cuma orang yang mengetahui kata laluan yang betul sahaja dibenarkan masuk.

Korang janganlah pula tanya kat aku bagaimana cara hendak mengetahui kata laluan orang lain...aku memang lah tidak tahu...buta IT la katakan heheh..tak reti nak ngodam-ngodam ni...korang kena lah bertanya kepada jurutera IT sendiri yerk....kalau aku just main teka-teka je atau mengintailah masa orang tu tengah menaip kata laluan hehehhe....tetapi aku lihat, ramai orang selalu membuat kesilapan dalam meletak kata laluan tidak kira lah pada facebook, ATM, atau apa-apa aje..Biasanya, kata laluan yang popular ialah:-

a) Tarikh lahir (tidak kira lah tarikh lahir sendiri, pakwe, makwe dsb)
b) No. Telefon
c) Nama kenalan (pakwe,makwe, haiwan peliharaan)
d) No kegemaran yang telah dihebahkan kepada semua...
e) ......ni korang isikan lah eh.....

Lagi satu kesilapan, kata laluan terlalu pendek...terlalu mudah utk orang lain menjeling semasa anda menaip kata laluan dan mengetahuinya....contohnya Barack Obama, Presiden AS, yang menggunakan kata laluan BO (nama anjing kesayangannya) untuk akaun twitternya... Mungkin Tuan Presiden terlalu busy untuk menaip kata laluan yang panjang-panjang heheh

Dan akhir sekali, kebiasaannya kata laluan ini biasa di simpan di dalam hp atau dompet...bagi mengelakkan terlupa...ini terlalu bahaya terutamanya kata laluan untuk ATM anda...bayangkan jika hp atau wallet anda hilang???...Dapat kad ATM dan kata laluan sekali....rezeki la yang menjumpainya hehehe...Jadi fikir2 lah...

p/s: Dulu kata laluan aku nama seorang awek yang pernah aku minat... heheh
p/s/s: Sudah kah anda bersedia dengan “kata laluan” untuk memasuki pintu syurga??

Sunday, March 21, 2010

Aku benci cuti sekolah..

Kalau lah aku masih seorang pelajar sekolah, pasti aku suka bila tibanya cuti sekolah…

Kalau lah aku seorang guru, pasti aku juga turut suka bila tibanya cuti sekolah…

Kalaulah aku seorang atuk yang mempunyai berpuluh-puluh orang cucu, pasti aku akan gembira bila tibanya musim cuti sekolah…anak-anak dan cucu akan berkumpul bersama di kampong..

Tapi sayangnya….

Aku hanyalah seorang anak teruna yang gantang…yang berumur dalam 20-an…hehe…

Bila je cuti sekolah bermula, seorang demi seorang kawan aku mula berkahwin….dan aku pun pergilah ke majlis-majlis kahwin mereka….yang aku tak berapa suka atau kurang gemar bila orang bertanya kepada aku bila giliran aku pula untuk naik pelamin….adoyai…aku rasa aku masih muda lagi ni…tak puas lagi enjoy membujang…

Premis 1: Cuti sekolah = kenduri kahwin= orang bertanya bila giliran aku nak kahwin
Premis 2: Aku tidak suka bila orang bertanya aku nak kahwin
Kesimpulan: aku tak suka cuti sekolah hehehhe

Selamat Pengantin Baru kepada zul (kenalan matrik) & Esma yang berlangsung semalam

p/s: Berkahwin tidak semudah menukar pakaian…banyak tanggung jawabnya… kawan-kawan jangan lah risau, aku akan kahwin kalau kewangan aku dah stabil..dan yang paling penting bila aku dah ada calon… tunggu je kad aku sampai…heheh

Friday, March 19, 2010

Tolonglah, jangan bekukan pengambilan pekerja Lombok

Biar betul apa yang aku baca dalam surat khabar nie....Pergerakan Puteri UMNO telah menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia.. Puncanya kerana sekarang ini trend kahwin lari melibatkan ramai gadis-gadis Malaysia dengan lelaki Lombok.

Kalau betullah akan dibekukan pengambilan pekerja Lombok ini...parah lah aku....Habis lah aku... umur dah semakin meningkat ni....dengan siapa aku nak berguru untuk menuntut ilmu seni mengorat awek ni kalau pekerja Lombok ini sudah tiada...dah la ilmu mengorat yang aku ada ni baru pada tahap 1 je....iaitu cara nak tackle awek dengan memberi salam....”Assalamualakum, kalau x jawab dosa...” heheheh..Ilmu-ilmu lain aku x mahir lagi ini...ada sesiapa yang nak menjadi guru aku???

p/s: kadang-kadang aku pelik la..orang-orang atas ini suka membawa isu yang remeh je..sedangkan banyak lagi perkara-perkara besar yang perlu dibincangkan...biarkan je lah kalau dia nak sangat kahwin dengan orang Lombok tu...mereka dah besar...boleh fikir yang mana kaca dan yang mana permata...

Rancangan Adik-adikku patut diteruskan

Malam tadi, seperti biasa aku hanya duduk dirumah sahaja…malas untuk keluar…lebih baik duduk dirumah menonton television..di samping dapat menghilangkan rasa penat…sepanjang hari berada di pejabat…

Sedang aku leka menonton tV, tetiba tangan aku boleh tertekan remote control ke siaran TV1 yang jarang benar aku tengok (tv1 dan tv2, aku rasa perlukan suatu perubahan yang besar untuk menarik minat aku menontonnya)…ketika itu sedang bersiaran pertandingan peringkat akhir rancangan realiti ‘adik-adikku’…. Peserta kedua sedang membuat persembahan….aku terus terpaku pada rancangan itu sehingga habis….macam tak percaya kan??heheh…tapi itu lah realitinya…aku rasa rancangan ‘adik-adikku’ ini merupakan antara rancangan realiti terbaik yang pernah dibuat di Malaysia dan ia perlu dikekalkan…7 orang kanak-kanak yang layak sampai ke peringkat akhir ini semuanya bagus-bagus belaka… Juaranya, aku dah boleh agak lebih awal lagi…kerana persembaannya yang paling mantap..tetapi tempat kedua-dan ketiga aku tersalah teka…tersasar sedikit hehehe.. Apa-apa pun tahniah lah…

Johan: Muhammad Wajih Zakwan
Tempat ke-2: Muhammad Qayyim Nizar
Tempat ke-3: Muhammad An-Naim

surat khabar ni macam tau-tau je pemenangnya...gambar disusun ikut turutan dari kiri hehhe

p/s: rasa menyesal pula tidak ikut rancangan ini dari awal lagi…perlu cari kat youtube nie…heheh

Monday, March 15, 2010

Jantung aku berdegup kencang..

Selalu jarang jantung aku berdegup kencang…biasanya ia akan berdegup kencang bila aku terjumpa atau berselisih dengan awek yang aku minat je hehehe…tapi tadi masa aku tengok perlawanan badminton akhir All England antara Dato’ Lee Chong Wei dengan Kenichi Tago, jantung aku berdegup kencang…rasa macam nak tercabut…cemas…geram dengan aksi dato’ lee chong wei….peluang yang beliau boleh smash dilepaskan saja…banyak bermain di net sedangkan si tago itu amat pakar bermain di net…tapi apa-apa pun beliau telah berjaya memenangi perlawanan itu dengan mata 21-19, 21-19…tahniah!!...Baru boleh aku tidur dengan tenangnya…hehe..Nampaknya aku sudah tidur lewat…esok mesti aku tertidur di pejabat atau datang lewat ke pejabat dan bakal di’smash’ oleh bos hehehe

p/s: Lawa gak fesyen baju Dato’ Lee Chong wei ni..tak ada lengan baju sebelah….nak buat satu la heheh

p/s/s: Mata terakhir, mata kemenangan tu macam out je hehehe

Sunday, March 14, 2010

Macam-macam ada

Pagi tadi aku balik ke kampung…balik hari aje, bermakna aku balik kampung pagi tadi dan balik KL semula pada sebelah petangnya…lagipun kampong aku tak ada lah jauh sangat…2 jam perjalanan je…Kenapa aku balik kampung?? Saja-saja hendak jumpa pakcik dan makcik aku…aku kan anak buah yang baik hehehe….dalam perjalanan aku pergi dan balik dari kampong…macam-macam ada sepanjang perjalanan itu…maksud aku macam-macam MATI kat tengah jalan….ada katak MATI, kucing MATI, tupai MATI, Ayam MATI….semuanya sebab kena langgar…sampai terjadi pertandingan meneka bangkai apa… di dalam kereta tadi hehe……ohhhh tak lupa juga, turut ada enjin kereta MATI, tak boleh start yang menyebabkan kesesakan jalan raya…tapi syukur lah aku dan family telah selamat sampai semula di rumah…dan sepanjang perjalanan tadi tiada manusia yang mati akibat kemalangan…akhir kata, pesan dari aku.. berhati-hati di jalan raya…ingat lah orang tersayang walaupun tiada sesiapa menyayangi anda…hehe

Baru aku tahu…

Baru aku tahu, kenapa kaum hawa sangat risau jika tidak berkahwin atau mempunyai teman lelaki pada usia 20-an.Pertama sekali, mungkin mereka takut digelar Andalusia (anak dara lanjut usia) atau andartu (anak dara tua) dan keduanya, mungkin mereka tidak sibuk pada waktu itu. Biasa lah, pada usia 20-an kaum hawa baru mula bekerja (bagi lepasan universiti), jadi tugasan di pejabat masih tidak banyak dan mempunyai masa untuk bersosial dan bercinta. Jadi kalau kahwin pada masa itu, tidak akan serabutkan kepala dengan tugasan kerja yang menimbun-nimbun jika cuti terlalu lama untuk berbulan madu hehehe… Dan yang paling penting, mereka hendak merasa menjadi ibu..Ini kerana, jika mereka berkahwin lewat kebarangkalian untuk mendapatkan anak makin rendah (atas faktor-faktor tertentu) atau risiko untuk kelahiran anak yang cacat atau sindrom Down semakin meningkat.

p/s: lelaki pula suka menetapkan tempoh lima tahun untuk bercinta sebelum berkahwin.Sebabnya bagi memastikan kewangan sudah stabil dan untuk mengenali hati budi masing-masing.

Wednesday, March 10, 2010

Aku si Tuntung.

“Kau ni macam tuntung la” kata kawan aku kerana aku ni takut pada guruh dan kilat. Aku sebenarnya bukan takut, tapi aku fobia atas sebab-sebab tertentu heheh…Yang aku pelik dan hairan, apa itu tuntung?? Apa kaitan dengan aku yang fobia dengan guruh dan kilat?? Hurm..musykil ni… Tapi sebelum itu, korang pernah dengar ke perkataan tuntung itu??…Aku cubalah cari kat internet..tetapi tidak banyak maklumat mengenai tuntung…ada la sikit yang aku perolehi…Jadi aku nak kongsi sikit..

Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura. Habitat utamanya adalah di perairan air payau.Saiznya berbeza mengikut jantina. Tuntung betina lebih besar daripada jantan. (kenapa eh, kalau betina je mesti lebih besar dari jantan???heheh). Makanan utamanya tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai.Di antara perbezaan tuntung dengan penyu adalah ia mempunyai kaki renang yang berkuku seperti kura-kura. Ini membolehkan ia berjalan di atas tanah atau pasir untuk bertelur. Kalau nak tahu lagi, pergilah ke perpustakaan negara yang tak ramai orang tue hehehe

Menurut kawan aku, tuntung ini kalau ia gigit sesuatu, ia tak kan lepaskannya sehingga ia terdengar bunyi guruh...seolah-olah seperti ia takut + terkejut+ fobia lah...entah betul entah tidak...hahaha...apa-apa pun aku dah belajar satu perkataan baru hari ini...TUNTUNG!!

Wednesday, March 3, 2010

Mahu minum petang bersama aku??

Wow hebatnya….lebih 2000 rakan-rakan online Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mendaftar dan menyatakan minat untuk menghadiri majlis minum petang bersama beliau pada 13 Mac ini… Mesti menu sedap ni…tapi aku tak dapat join lah…ada hal yang tak dapat dielakkan (hahah ayat macam aku terpilih plak kan)…daripada ramai-ramai tu, hanya sekitar 300 orang yang bertuah je akan terpilih…. Anda masih lagi mempunyai peluang…boleh daftarkan diri di blog beliau http://www.1malaysia.com.my/

Ni menimbulkan satu idea kepada aku….nak buat program yg sama lah…ada sesiapa mahu minum petang bersama aku?? Ada ke?? Hahahha kalau ada, syarat-syaratnya ialah…

a) bawa bekalan makanan dan minuman sendiri heheh….
b) Terbuka kepada kaum hawa yang single sahaja..hahaha
p/s: bos selalu ajak aku minum petang sambil makan bayam goreng dan oblong kat warong sebelah Uniten…

Tuesday, March 2, 2010

Hilang nilai kemanusiaan

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.. Aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan aku apabila membaca surat khabar kebelakangan ini… marah…bengang…sedih…bercampur semua perasaan itu…dulu kes buang bayi…tapi sekarang kes bunuh bayi dan kanak-kanak…bertapa rendahnya nilai nyawa mereka… Orang yang melakukannya itu tidak berperikemanusiaan dan lebih teruk daripada BINATANG.

Apalah dosa insan sekecil ini sehingga diperlakukan sebegini kejam?? Cuba perhatikan muka kanak-kanak yang ada disekeliling anda sedalam-dalamnya, lihat dengan mata hati….betapa sucinya hati mereka yang masih tidak mengetahui selok belok kehidupan yang penuh dengan pancarobanya… yang masih belum mengenal erti dosa….tetapi telah didera dengan begitu dahsyat sekali…berilah peluang mereka untuk menghirup udara di bumi ALLAH ini…~nasi sudah menjadi bubur

p/s: Al-fatihah untuk adik syafiah humairah dan semua kanak-kanak yang telah menjadi mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...