nak ikut.....

Monday, October 31, 2011

Aku hendak tangkap musang itu!!!

Setiap malam pasti tidur aku terganggu….biasalah tidur di rumah kampong yang beratapkan kepingan zink….pada mulanya seram juga…sebab aku tinggal seorang diri….dalam keheningan malam yang hanya ditemani bunyi cengkerik…tiba-tiba bunyi atap zink seperti dipijak….bunyi kedengaran perlahan datang dari arah dapur…dan semakin kuat hingga ke bilik tidur aku….dan kemudiannya terus senyap….biasanya berlaku dalam pukul 12 pagi, ketika aku hendak tidur….

Aku pernah tanya kepada makcik aku mengenai bunyi itu…

“Makteh, bunyi apa yang selalu angah dengar atas atap setiap malam tu??”

“Oww bunyi musang jalan atas atap la tu”

“Ingatkan pencuri tadi”

Dan tadi aku terbaca surat khabar, yang mengatakan najis musang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan…boleh dapat RM 704.83 sehari…wah boleh kaya aku!!! Tetiba mata aku asyik terbayang duit sahaja hahah

Tetapi dengan syarat, najis musang itu mengandungi biji kopi la heheh…Ini kerana enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri…

Jadi misi aku dan pakcik aku malam ini ialah cuba menangkap musang yang mengganggu tidur aku itu… dan kalau sudah dapat, bagi musang tu makan banyak-banyak biji kopi sampai terberak hehehe

Sunday, October 30, 2011

Bergayut puas-puas…

Esok….31 Oktober… Hari untuk aku bergayut puas-puas….heheh…Walaupun esok hari isnin, hari bekerja.. Aku akan cari peluang juga untuk bergayut puas-puas…rugi tidak guna peluang yang diberi ini sepenuhnya hahahha

Aku sudah membuat persiapan yang rapi sejak pagi tadi…mengecas bateri telefon bagi penuh… dan tidur secukupnya hahah

Sekarang hanya tunggu masanya untuk menelefon mangsa-mangsa dalam senarai…

Hanya untuk pengguna maxis sahaja heheh…

Saturday, October 29, 2011

' Contest DANIEL ADIE : SISPA '

Sedang aku leka melayari laman sosial, facebook..tiba-tiba aku dapat mesej daripada kawan aku..

Aku: Contest apa ni??

Kawan: Kau buka je blog tu….confirm kau menang…aku nak angry bird tu

Aku: Confirm aku menang??

Aku pun buka lah link blog yang di beri tu…aku baca pasal contest tu…Kemudian aku mesej dia…

Aku: Kenapa confirm aku menang??

Kawan: Kau kan memang selalu senyum palsu

Aku:%&*$%#@

Aku ni memang suka senyum…tapi ramai kawan aku kata, senyuman aku tu palsu…aku tak tahu macam mana diorang dapat tahu yang aku betul-betul senyum ataupun buat-buat senyum @ palsu hehehe… Tapi ada seorang kawan aku ni pernah bagi tahu aku…

“Aku boleh tahu sama ada kau senyum betul-betul atau buat-buat”

“Macam mana??”

“Kalau kau betul-betul ikhlas senyum, pasti akan nampak lesung pipit kau…tapi kalau senyum kau palsu, tak nampak lesung pipit, tapi hanya Nampak gigi je”

“Erk??”

Aku cuba lah cari gambar-gambar aku yang menunjukkan aku senyum dengan ikhlas dan senyum palsu…tapi susah!!! Hampir tiada…kebanyakkan gambar aku hanya bermuka masam je hahah… Jadi ini sajalah gambar yang aku boleh dapat..

Siap kena isi slogan lagi
'Terkadang, senyuman palsu terukir apabila kawan baik membuat lawak yang tidak jadi'

aku nak tag: kak ngah & linda

p/s: Harap menang lah!!! Bertambah tersenyumlah aku nanti hehehe

p/s(i): jom lah ramai-ramai sertainya…Senyum, tak perlu kata apa-apa…tapi perlu tulis entri heehe

Siapa bakal juara?

Antara Negeri Sembilan dan Terengganu….

Siapa bakal menjulang Piala Malaysia??

Semuanya akan terjawab malam ini….sama ada anda saksikan perlawanan itu di Stadium Shah Alam dengan tiket berharga RM 50 ataupun hanya menonton di hadapan TV sahaja.

Aku mana-mana menang pun tak kisah….Kedua-dua pasukan nampak seimbang… Kalau boleh aku hendak johor menang, mana tahu dapat cuti sehari ke nanti..tapi johor awal-awal dah terkeluar… HAHAHA

Friday, October 28, 2011

Nak tengok aku pakai selendang ke??

Ada yang hendak tengok aku pakai shawl atau selendang ke??

Takut ada yang termuntah hijau pula nanti heheh

Yela….Aku buka blog hari ini…aku tengok kat shoutbox aku… ada jemputan daripada blog ahdiahijab

“Jom join"contest Ahdiahijab",bg 50 peserta terawal akan mendapat shawl patchwork yang sangat cntik secara percuma..apa tggu lg jom sertai”

Aku ni dah lah pantang tengok contest…pasti nak menyertainya walaupun tidak pernah menang hehe… saja nak meramaikan peserta dan menyokong kawan-kawan blog… Jadi untuk contest anjuran ahdiahijab ini, aku pasti la tidak boleh menyertainya…kerana tidak memenuhi syarat….takut ada yang pengsan, muntah hijau atau pun tidak boleh tidur malam kalau tengok aku pakai shawl nanti heheheh…..jadi aku tolong promosi kannya lah…kepada anda semua yang memenuhi syarat-syaratnya….apa tunggu lagi?? Sertailah!!!

Raya Haji 6 November!!!

Yeay Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari raya Aidiladha atau hari raya haji pada 6 November ini….iaitu pada hari Ahad…bermakna hari Isnin pun cuti juga…..wah cuti panjang nampaknya...3 hari… Ia telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad…. Jadi selamat bercuti dan berkorban, bukan terkorban!!!

Tuesday, October 25, 2011

Pasangan anda curang???

Adakah pasangan anda curang??

Adakah anda sudah terhidu bau kecurangan pasangan anda??

Adakah diri anda sendiri yang curang??

Sebenarnya senang saja untuk menghidu kecurangan pasangan anda….semudah menghidu keharuman bau ayam KFC….sedapkan?? heheh… Kecuali la memang hidung anda tersumbat dan mata anda buta, sebab itu anda masih tidak mengetahui pasangan anda telah curang…

Berikut adalah tanda-tanda keMUNGKINan pasangan anda curang…..

Pertama: Pasangan anda berhati-hati dengan aktiviti komputernya. Kalau dulu dia tidak pernah log keluar pada aktiviti laman sosial yang dikunjunginya namun kebelakangan ini dia begitu berhati-hati dengan aktiviti Internetnya. Kadang-kadang jika anda perhati dia akan memadamkan semua 'history' aktiviti di komputer supaya anda tidak akan dapat mengesan apa yang dibuatnya.

Pencurang: Pastikan lepas ini anda ada lebih daripada satu akaun laman sosial… bermakna anda ada 2 atau lebih akaun facebook…..laman sosial dimana dalam senarai kawan anda ada pasangan anda….anda buka di rumah je dan tak payah log out.. tetapi akaun lain dimana anda menjadi nakal dan curang, bukalah hanya di pejabat sahaja hehehhe

Kedua: Perubahan dalam rutin atau jadual hariannya. Kalau dulu rutinnya sama saja, anda pun sudah masak dengan segala aktiviti hariannya..

Pencurang: Pastikan rutin atau jadual harian anda tidak berubah dengan ketaranya…. Kalau tidak boleh juga, pastikan anda pergi kerja awal… kerana pasangan anda pasti tidak syak anda curang kalau anda pergi kerja awal….tapi kalau anda balik lambat daripada kerja…sudah tentu pasangan anda mengesyaki anda curang….heheh

Ketiga: Emosi yang anda berdua sedang alami. Pada satu peringkat dalam rumah tangga anda akan mengalami saat di mana rumah tangga itu akan menjadi agak hambar kerana kurangnya masa diperuntukkan untuk berdua-duaan. Lihat perubahan pada pasangan anda, adakah dia semakin kurang bercakap, kurang ketawa? dan kurang memberi perhatian kepada apa yang anda tuturkan padanya? Jadi berikan perhatian apabila pasangan anda hanya ada 'jasad' di sebelah anda dan fikirannya menerawang entah ke mana.

Pencurang: Pastikan anda sentiasa tidak berubah perangai ketika berada bersama pasangan anda sampai boleh jelas kelihatan. Kalau tidak boleh juga, anggaplah anda jumpa pasangan anda seperti anda jumpa skandal anda hehehe..wah pasti seronok hahaha

Terakhir: gerak hati. Bukan mahu bersangka buruk tapi apabila kita tergerak untuk dapat mengesan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku memang kita tidak mampu menafikannya.

Pencurang: Anda pandai curang, anda mesti pandai sorokkannya hahah

Sumber olahan dari utusan Malaysia.

p/s: Kenapa perlu curang???

p/s (ii):Kalau takut terkantoi panggil pasangan anda dengan nama skandal anda, biasa-biasakan lah diri anda untuk memanggil mereka dengan nama sayang….pasti tidak tersilap dan tidak terkantoi heheh dan yang penting lebih romantic dan sayang.

Wednesday, October 19, 2011

Hadiah hari jadi…

Wah hari ini aku berpeluang mengambil hadiah hari jadi, walaupun hari jadi aku lambat lagi…

Aku dapat empat tiket wayang TGV percuma…untuk sebarang cerita…pemberian nuffnang dan TGV…terima kasih!!! Ada sesiapa nak beri aku hadiah hari jadi lagi?? hehehe

Tapi ada satu masalahnya….tiket wayang ni sah sehingga 15 November 2011…tapi aku bekerja di Tangkak…dan TGV tiada di area Melaka dan Johor kecuali di Jusco Tebrau…. Terpaksalah aku tengok wayang apabila aku balik KL semula…tapi lambat lagilah nampaknya hehe…harap sempat lah… Kalau aku tak balik KL dalam waktu terdekat ni…terpaksalah aku buat contest kat blog ni dan bagi hadiah tiket wayang tu heheeh

Tuesday, October 11, 2011

Cantiknya kejadian “halo bulan”.

Dalam surat khabar minggu ini, asyik menceritakan mengenai kejadian halo bulan…iaitu satu kejadian dimana bulan seperti dikelilingi cincin ekoran pembiasan cahaya… kejadian itu boleh dilihat di sekitar Lembah Klang…. Kesian kat aku yang duduk kat kampong ini…aku ada juga keluar rumah pada waktu malam untuk melihat kejadian itu, tapi yang aku nampak hanya pokok rambutan je heheh

Tapi nasib baik ada kawan aku kat facebook, membuat video bagi kejadian itu…dapat juga aku melihatnya …sangat cantik..jadi aku hendak kongsi dengan kawan-kawan semua…tidak adilah aku seorang saja yang menikmati keindahannya…kesian lah kat kawan-kawan yang senasib dengan aku

Apa yang perlu anda buat, ikut sahaja arahan pada gambar di atas… kalau tak Nampak, tekan gambar itu bagi besar atau aku telah salin balik di bawah ini…

“pada mereka yang tidak berkesempatan melihat fenomena malam semalam:

1) Pergi ke google
2) Type: mov0001.swf
3) Click button search
4) Click link yang first sekali

Tengoklah keajaiban bulan pada malam semalam”

~sharing is caring~

Budimankah aku???

Kadang-kadang aku terfikir….aku ni budiman ke??

Mungkin ada yang tertanya-tanya…apa itu budiman?? Anak suparman ke??

Ish mungkin ada yang tak tahu apa itu budiman tapi kalau sebut gentleman mesti ramai yang tahu…. Dulu masa kecik-kecik, aku faham kalau lelaki itu budiman atau gentleman mesti bagi wanita buat apa-apa dulu… kira gentleman ni, lelaki yang memegang kuat prinsip “ladies first”…sikit-sikit bagi perempuan buat dulu… itu dulu!!

Aku pernah tanya kawan perempuan aku, ada ke lelaki budiman?? Dia kata:-

“Susah nak mencari lelaki melayu yang budiman, kalau mat salleh ramai la”

Betul ke?? Untung mat Salleh…dia seorang je budiman, Mat yie, mat Leh, Mat Rempit dan semua mat yang lain tidak dikategori sebagai budiman hehehe

Apakah ciri-ciri lelaki budiman?? Disini aku senaraikan beberapa ciri untuk melayakkan seseorang lelaki itu tergolong dalam kategori budiman:-

a)Tahu bagaimana untuk menghormati wanita
b) rendah diri terhadap semua ciptaan Tuhan
c) Tahu had dalam perbualan dan batasan tingkah laku semasa berdampingan dengan wanita
d) Memastikan wanita berasa selesa dan selamat dengan kehadirannya
e) Tahu berinteraksi dengan baik

dan apa lagi eh?? Senang cerita, lelaki yang buat baik pada perempuan boleh dikategorikan sebagai budiman lah hehehe

gentleman kan kita orang?? hahha

p/s: Jadilah lelaki yang budiman…jangan menjadi lelaki yang dayus!!!

p/s(i): Aku tidak boleh menjadi budiman kalau aku hendak naik komuter….Kalau aku menjadi budiman, sampai bila-bila aku tidak dapat naik komuter hahaha..

Bagi saya menu!!!

Pepatah ada menyatakan…terlajak perahu boleh diundur….terlajak makan, bayar la jawabnya….Kalau tak nak bayar, silalah basuh pinggan mangkuk hehehe

Aku ada tips macam mana nak elak daripada makan kat restoran yang cekik darah…tips yang biasa aku amalkan lah kalau pertama kali makan di sesuatu restoran itu…. Kalau dah biasa makan, dan sudah tahu julat harganya…tak kisah lah….Melantak terus pun takpe tanpa membaca doa makan heheh…

Tips pertama….pastikan anda melangkah masuk restoran itu dengan kaki kanan….supaya dapat berkat…. Dan kalau boleh baca bismillah sekali….kan bagus setiap perkara dimulakan dengan bismillah….hehe

Kemudian, tengok ada tak logo halal yang di iktiraf oleh JAKIM…. Kalau ada logo tu, baru tarik kerusi dan duduk hehhehe

Selepas itu, tips inilah yang paling penting sekali….Minta MENU makanan ataupun tanya harga sebelum order/amik makanan…. Inilah yang biasa aku amalkan…minta menu, lepas tu tengok satu-satu senarai harga yang tertera…apabila anda mendapati harganya agak mahal, dan anda hendak menjaga ego anda…anda takut terasa malu…kerana keluar restoran tanpa order… maka anda order lah benda paling murah…biasanya aku order air kosong je secawan… lepas minum dan bayar, aku cari lah restoran lain yang murah hehehe…. Itupun kalau aku hendak order air kosong, biasanya aku buat-buat pergi tandas…lepas tu cabut hahha

p/s: Gunakanlah kuasa pengguna anda!!!

Sunday, October 9, 2011

Macam biasalah tengok awak….

Aku masih ingat dulu…. Bila aku ingin berkenalan dengan orang baru terutamanya perempuan…. Aku akan guna satu cara yang biasa aku guna bagi tanda perkenalan hahah…selalu lelaki akan tegur perempuan yang dia nak berkenalan dengan memberi salam…

Assalamualaikum….tak jawab dosa!!

Kalau perempuan itu membalas, itu tandanya ada peluang lah untuk berkenalan…tapi itu cara dulu-dulu.. Cara yang aku biasa guna pula, bila nampak perempuan (gegurl) yang hendak aku kenal ialah:-

Aku: Eh awak ani kan?? (main sebut je nama siapa-siapa)

Gegurl: Eh, saya bukan ani..saya ……… (terus tahu nama gegurl tu HAHA)

Aku: Larhh macam biasalah tengok awak….saya ingatkan kawan lama saya…muka awak seiras la… (lepas tu terus la aku mengayat kalau aku tengok maklum balas yang diberikan baik….kalau sebaliknya, aku terus kata..MAAF, silap orang hahah)

Tapi itu dulu, aku sudah tinggalkan cara itu...sudah lama…sejak zaman belajar lagi…

Tapi tiba-tiba…

Baru-baru ini aku ditegur oleh seorang perempuan….

“Eh awak, muka awak macam saya biasa tengok lah….”

Aku terus tersenyum bila teringat perangai aku dulu-dulu….mungkin dia nak guna kaedah yang sama aku gunakan dulu kot hahahha

~Orang kata, dalam dunia ini ada 7 orang muka sama macam kita~

Anjing takut melihat Julia Roberts?

Baru sahaja tengok gambar Julia Roberts dalam majalah, seekor anjing yang diberi nama Optimus lari lintang-pukang…belum lagi Julia Roberts datang ke rumah itu jumpa Optimus secara berhadapan…. sudah pasti tuan Optimus pula yang lari dan pengsan hehehe…Julia Roberts yang merupakan wanita idaman lelaki…kalau tengok, pasti cairnya tapi ditakuti oleh anjing ….hehhehe

p/s: Pengajaran yang boleh diperolehi ialah dalam kehidupan ini pasti ada yang suka kita dan ada yang tidak…maka jadilah diri sendiri…

p/s(ii): Sekarang aku dah tahu, cara untuk menghalau anjing kalau kena kejar dengan anjing gila….

Thursday, October 6, 2011

Selepas Sembilan bulan musim banjir….

Rasanya apa akan berlaku selepas Sembilan bulan berlakunya musim banjir???

Kotoran banjir akan dibersihkan??.....SALAH!!!!

Rumah-rumah mangsa banjir yang rosak akan dibaiki??.....SALAH!!!!

Sungai-sungai akan di dalamkan dan dibina benteng di tebing sungai???....SALAH

Yang betulnya ialah…ramai bayi akan dilahirkan…..

Kalau tidak, masakan kerajaan Thailand gigih mengedarkan sejumlah kondom kepada mangsa-mangsa banjir…..Menurut sukarelawan, penduduk kampong tidak dapat melakukan sebarang perkara semasa banjir….maka mereka buat itulah hehhe….Dengan kondom ini, ia dapat mengelakkan peningkatan kehamilan yang tidak dirancang…

p/s: Kenapalah bagi kondom,patutnya bagila bekalan makanan dan pakaian ke??

Tuesday, October 4, 2011

Aku pun pernah jumpa lembaga juga!!!

Kecoh dalam surat khabar hari ini…

Seorang pelajar dari Tumpat menjerit ketakutan dan pengsan sebaik melihat satu lembaga besar memerhatikannya ketika di dalam dewan peperiksaan.

Aku pun dulu sudah pernah kena…ketika aku menduduki peperiksaan SPM….saja malas aku nak kecoh-kecoh satu Malaysia…masuk surat khabar semua… malas aku nak popular heheh....

Hal ini terjadi ketika aku hendak menduduki kertas Matematik Tambahan….Subjek yang ramai orang tidak suka dan susah…. Aku mula menjawab dengan tenang, buka helaian kertas soalan….melihat satu per satu soalan… mengambil pen dah mula menconteng di atas kertas jawapan….

Beberapa minit kemudian, aku mula rasa tidak sedap hati….aku mula berpeluh-peluh…aku merasakan ada sesuatu yang sentiasa memerhatikan aku sejak dari mula peperiksaan tadi….

“Ah itu hanya mainan perasaan aku saja”

Aku cuba untuk menenangkan perasaan aku ini….semakin aku cuba tenang, semakin gelisah rasanya…. Aku merasakan ada seperti lembaga yang merenung aku dengan tajam dan semakin menghampiri aku… aku takut!!!

Aku perhatikan sekeliling aku, sudah ramai kawan-kawan aku yang pengsan….ada yang hanya tunduk kepala memandang kertas jawapan saja….mungkin takut memandang ke arah lembaga itu….

Lembaga itu semakin menghampiri tempat aku….dan tiba-tiba

“Ok, anda hanya tinggal 5 minit saja lagi” kata ketua pengawas lembaga peperiksaan yang menjaga dewan itu…

Kawan-kawan aku yang pengsan atau tidur sebentar tadi pun bangun….mungkin sebab soalannya susah…dan masa banyak lagi..mereka pun tidur… aku semakin berpeluh…cuba ‘goreng’ apa yang patut..hehhe

Aku bersyukur kerana dapat dipulihkan dan dapat menjawab soalan matematik tambahan itu!!! heheh

p/s: Bila malam, ayah suruh ulang kaji pelajaran…tetapi asyik tengok cerita hantu dan lembaga hitam saja…macam mana tak lembaga hitam je difikirkan ketika menjawab soalan peperiksaan heheh

p/s(ii): Selamat menduduki PMR, semoga Berjaya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...