nak ikut.....

Saturday, October 31, 2009

Hari ini Hari Jadiku....

Ring….sekali lagi hp aku berbunyi (sebenarnya ring tone hp aku lagu N’sync =))….kali ni dah mesej ke berapa ntah…aku lihat jam…menunjukkan jam 12 AM….ish pandai plak hp ni x rosak…selalu waktu lain mesti problem je sejak masuk air….mesti mesej masuk lambat…tapi td berderet2 mesej masuk on time….jadi aku baca la kesemua mesej yang masuk….pelbagai gaya ucapan yang aku terima… kira semua nak jadi yang pertama la tue heheh…tp x bleh lawan la kawan aku sorang ni…dia dah wish aku masa merdeka ari tu….dia ingat aku lahir 31 ogos hahah….tapi hari ni, x plak dia wish aku…siot je…hari ni genaplah usia aku yg ke… Ish mana bleh bg tahu hehe…tapi kini aku melangkah ke fasa hidup baru…ingin membina kerjaya supaya stabil n mengumpul harta dan kahwin…

gambar tahun 2007...

p/s: thanx semua yg dah wish…yg belum wish masih ada masa lagi heheh

p/s:aku biasanya akan tertidur awal kalau esoknya ada tarikh penting seperti tahun baru, hari raya, hari jadi, hari merdeka, hari guru dll..

p/s/s: lepas aku tngok gambar ni..baru aku tahu aku telah memBESAR dengan cepat..

Thursday, October 29, 2009

Pasti ada hikmahnya…

Biasa lah hidup sebagai remaja….pasti tidak boleh lari dari masalah cintan cintun…apabila berlaku sesuatu krisis, perpisahan sering terjadi…di sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari..pasti akan timbul dalam hati, satu perasaan yang seolah-olah tidak boleh terima kenyataan perpisahan itu berlaku…itu lah yang terjadi kepada kawan aku sekarang…aku telah menjadi tempat dia meluahkan segala ceritanya…aku hanya boleh mengatakan bahawa itu semua qada dan qadar ALLAH SWT…tidak lebih dari itu…biasalah, ketika ini emosi dan fikirannya masih tidak stabil….jadi apa yang dikata pasti tidak akan diterima…aku selalu nasihatkan kepadanya…jika pasangannya sudah tidak mahu terimanya lagi…usah la merintih merayu kepadanya….ini semua akan menunjukkan yang dia terlalu terhegeh2 kepada pasangannya sedangkan pasangannya bergembira dengan orang lain….tapi yang aku paling takutkan jika dia berburuk sangka kepada ALLAH SWT…kerana telah memberinya perpisahan itu.. INGATLAH, apa sahaja yang ALLAH SWT jadikan pasti ada hikmahnya…jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran agar tidak akan diulangi kesilapan itu lagi…


“Tidak semua perkahwinan yang bahagia itu bermula dengan cinta, tetapi perkahwinan yang bahagia itu adalah yang bermula dengan cinta yang dibina setelah berkahwin”


p/s: Terasa diri ini seperti DR CINTA……

Sunday, October 25, 2009

KJ SITU SANA SINI: Taman Tasik Datuk Keramat

Oww taman tasik datuk keramat ni baru je di buka kepada orang ramai…lokasinya sudah tentulah di datuk keramat..berhampiran dengan stesen LRT Jelatik…aku dgn adik aku pun x nak lepas kan peluang… kami gigih kesana untuk bergambar….walaupun matahari dah terpacak betul atas kepala...jadi enjoy dengan gambar2 yang diambil…Lokasi ini akan menjadi salah satu tempat aku untuk mencuci mata…eh silap..tempat aku untuk berjogging heheheh..(aku benar2 serius untuk kuruskan badan ni hahah)

ada taman permainan lagi...dah lamanya aku x main..

gelanggang futsal pun ada...kira kat sini macam2 ada..

Sempat aku bergambar dengan pokok =P

Masih lg kat tmpat yg sama...bukan kat melaka ok...ingat melaka je ada tangga ni??

dah nama pun adik beradik...pose bergambar pun gaya yg sama =)

Pondok berehat banyak disediakan utk org2 yg pancit berjogging

terperasan kejap menjadi model hehhe

posing kat tasik

aku sempat juga mencuba beberapa alat sukan yang ada disitu

TAPI SAYANG......

Ibubapa leka bersenam, anak2 dibiarkan memanjat tiang-tiang...kalau jatuh, siapa yang susah??
Lu fikir lah sendiri....

Tak sampai sebulan taman tasik datuk keramat ini dibuka kepada orang ramai, telah berlaku banyak kerosakan....ini lah mentaliti rakyat kita...yang tidak senang nampak sesuatu itu dalam keadaan baik...bersama-sama lah kita menjaga kemudahan awam yang disediakan seperti menjaga barangan sendiri.

Jadi,jika korang ada masa terluang dan peluang, singgah2 lah di Taman Tasik datuk Keramat ni ye...pasti berbaloi..


p/s:Maaf entri kali ini bnyak sngat gambar...
p/s/s: Next destination..nak g mana pulak eh??

Friday, October 23, 2009

Nilai Nyawa Seekor Anjing…

Murah!!….aku rasa nilai nyawa seekor anjing terlalu rendah…mungkin ada yang beranggapan tidak ada nilai langsung…ini kerana dalam seminggu ini aku pergi kerja pada waktu pagi…tidak sah kalau tidak ternampak bangkai anjing yang mati di tengah jalan akibat daripada langgar lari… aku tahu lah, anjing itu haram dan dipandang hina.. tetapi anjing itu tetap makhluk ciptaan Allah…Allah tidak mencipta suatu makhluk dengan sia-sia, kesemua ciptaanNya mempunyai tujuan tertentu agar ciptaan ini dapat dimanfaatkan oleh manusia sebaik mungkin…Ingatlah, segala makhluk yang bernyawa termasuk anjing mahupun khinzir, jika kita menunjukkan sifat belas kasihan akan dikurniakan pahala…Jadi, kepada semua pengguna jalan raya, aku ingan berpesan agar sentiasa berhati-hati terutamanya di kawasan anjing melintas heheh


p/s:Aku nak suruhlah pihak kerajaan..pasang papan tanda kawasan anjin melintas kat tepi2 jalan.. (makin bnyak lah tugas kerajaan heheh)

p/s/s:Dulu aku masa kecik, aku slalu makan tertumpah…sebenarnya aku kasihan dengan semut2…saja bagi diorang makan haha

p/s/s/s:Semoga hari isnin ini aku tidak jumpa bangkai anjing lagi…tak syok la memulakan pagi ari dengan terserempak dengan bangkai anjing yang hancur..

Thursday, October 22, 2009

Aku Bermadah Cinta

Aku tidak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni…ada member-member aku minta pandangan dan nasihat berkaitan percintaan mereka..ada yang mudah diselesaikan..ada yang terlalu rumit. nak kata aku bnyak pengalaman dalam percintaan…rasanya aku lah satu-satunya lelaki yang suci bersih dari dunia percintaan ni…ramai yang x percaya kalau aku kata…aku masih single lg… jadi dah alang-alang orang xpercaya, aku kata lah aku dah ada awek hahaha….bukan sebab jual mahal…tapi dah hati tak nak jatuh cinta.. nak buat macam mana kan…sampaikan ada kawan aku mencadangkan aku membeli buku berkaitan langkah-langkah utk jatuh cinta yang ada di pasaran (cuba cari kat MPH)… ish nanti2 lah.. Biarkan lah ia berlaku secara natural dulu… mungkin dengan bermadah…ada hati yang terpikat hehehe.. Jadi aku nak kongsikan madah-madah cinta yang aku pernah dengar (korang cuba lah ye..) :-

a) Jgn smpn kata2 cinta pd org yg t’syg shgga dia mninggal dunia, lantaran akhirnya kamu tpaksa catatkn kata2 cinta itu dipusaranya. Sblknya ucapknlah kata2 cinta yg tersimpan dibenakmu itu skrg slg ada hayatnya.

b) Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu kepunyaan Tuhan. Yg tidak suci dan buta itu adalah org yg salah mgunakannya.

c) Cinta bukan melemahkan hati,bkn membawa pts asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan, Tetapi cinta mhidupkan phargaan, menguatkan hati dalam pjuangan, menempuh onak dan duri phidupan.

d) Permulaan cinta adlh mbiarkan org yg kamu cintai mjadi dirinya sendiri, dan tdk merubahnya mjadi gambaran yg kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yg kamu temukan di dlm dirinya.

e) Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lg, kiranya kamu benar2 mencintainya setulus hati.

p/s: aku percaya jodoh aku telah ditentukan…hanya biar masa menentukannya..


CINTA adalah ANUGERAH,
Membuat kita TERTAWA,
Membuat kita BERNYANYI,
Membuat kita SEDIH,
Membuat kita MENANGIS,
Membuat kita bertanya kenapa....
Membuat kita menerima..
Membuat kita memberi..
&
Yang paling penting membuat kita HIDUP.....



Wednesday, October 21, 2009

Kelab Peminat Hamster

Bila baca paper je…mesti akan terpampang…berita mengenai ahli kelab peminat anjur sesuatu program.. Alangkah baiknya, jika ada Kelab Peminat Hamster Malaysia (KPHM)…confirm aku orang pertama yang ambil borang dan isinya utk join…dan mendaftarkan sekali keahlian kesemua 19 ekor hamster aku..ini aku kira yang hidup je…tidak termasuk yang mati keracunan, mati bersalin, mati tidak cukup bulan, mati kena makan dan sebagainya..nanti bleh lah buat macam2 program bersama…

2 ekor ahli baru...

aku suka sangat gambar ni

p/s: alangkah bagusnya jika aku ada kelab peminat… Kj Fan Club (KFC) …=P

16 SEPTEMBER = CUTI UMUM

Yeah!!! Maknanya tahun depan akan bertambah lagi satu hari cuti umum.. Tipu lah sape kata dia tak suka cuti…hehe…Cuti 16 September adalah sempena ulang tahun sambutan Hari Malaysia (Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1963).. jadi kira-kira dah 46 tahun berlalu baru diorang tersedar kot tarikh tu rakyat Malaysia tak pernah cuti selama ni…kiranya diorang berhutang dengan aku 46 hari cuti.. takpe2 aku maafkan…kerana selama ni aku hidup sebagai pelajar…jadi bila 16 september sebelum ni, aku pergi menuntut ilmu….baiknya aku…tapi mulai tahun depan..life aku dah berubah…dari student menjadi buruh kasar…so aku amat memerlukan cuti 16 September tu (pilihan raya akan datang saya akan undi anda, so bagi lah banyak2 cuti ye… heheh)… Tapi aku rasa xperlu lah ada sebarang sambutan diadakan pada tarikh 16 september tu…membazir duit.. kerana confirm 31 Ogos telah diadakan sambutan secara besar2an… aku rasa sambutan merdeka tahun ini paling bagus (kebetulan jatuh dalam bulan puasa…)…x membazir DUIT RAKYAT, MASA, TENAGA dan sebagainya.. just buat ala kadar je cukup…

p/s: Ada banyak cara menunjukkan sifat patriotik…bukan sekadar mengibar jalur gemilang dan berkaraoke lagu patriotik..

Sunday, October 18, 2009

Kisah si penunggang motorsikal…

Dalam surat khabar hari ini ada memaparkan kisah mengenai dua beranak maut dirempuh kereta akibat berteduh di bawah jambatan..aku berasa agak kesian..inilah lumrah hidup yang perlu dilalui sebagai seorang penunggang motosikal..aku sebagai penunggang atau pembonceng motosikal yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun masih merasa tidak selamat ketika berada di atas jalan raya… aku selalu berasa takut atau gementar sepanjang 40 minit perjalanan untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.. ini kerana kenderaan besar seperti lori, kereta dan bas menunjukkan egonya di jalan raya…hanya memandang kami dengan sebelah mata… aku biasa juga, menunggang motor dalam keadaan hujan.. tapi jika sudah lebat sangat sehingga tidak nampak jalan (sebab motor x ada wiper..) terpaksalah aku berteduh…tetapi seboleh-bolehnya aku akan elak la…mungkin kekhilafan berlaku pada dua beranak yang maut tu…jika sudah TERPAKSA berteduh di bawah jambatan tu…pastikan motor disusun elok2 rapat ke penghadang...dan jangan lah duduk di atas motor tu..seboleh-bolehnya berdiri la di belakang penghadang tu..

posing kat motor jap heheh

p/s: tengah mengumpul duit nak beli kereta....

Mengapa Mereka Bangga??

MEREKA merasa amat bangga dengan HARTA, JAWATAN, KECANTIKAN, KETAMPANAN dan sebagainya yang dimiliki… Kadang-kadang mereka merasa yang diri mereka terlalu sempurna.. sehingga memandang jelik atau hina pada kekurangan yang ada pada orang lain… Bukankah mereka sedar yang itu semua bukan milik mutlak mereka?? Semuanya itu adalah titipan dari ALLAH SWT.. bagaimanakah mereka boleh berasa bangga dengan semua hal tersebut?? cuba la ambil masa sesaat..untuk bayangkan diri berada ditempat orang yang mempunyai kekurangan itu… bukan kekurangan itu dipinta..tetapi adalah pemberian-NYA… bersyukur atas segala yang diberi…

p/s: Ku tahu diri ku tidak tampan…tetapi pasti ada manisnya~

Sunday, October 11, 2009

Cinta Zaman Sekolah..

Aku tdak pernah percayakan cinta zaman persekolahan…kerana aku beranggapan yang ianya hanya sekadar cinta monyet.. yang hanya untuk suka2..atau hanya untuk testing market saja.. x kan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin (kalau ada baguslah..)..Bukan sebab aku jeles…kerana tidak dapat merasakan cinta itu.. tetapi aku merasakan..aku akan mengecewakan harapan kedua ibu bapa aku…ini kerana ibu dan ayah aku menghantar aku pergi ke sekolah adalah untuk belajar..bukan untuk bercinta…tambahan pula, duit belanja pun ibu bapa yang beri..seluar dalam pun ibu bapa yang sediakan…inikan pula nak belanja awek makan… malunya!! Ini lah fenomena yang aku selalu perhatikan jika aku berjalan2 di klcc, midvalley dan sebgainya…akan dapat diperhatikan adik-adik remaja kita yang masih bersekolah..berkepit, berpegangan tangan… adoyai… kadang2 terasa kesian pula pada mereka ini… pelajaran ke mana.. cinta pun kemana…

p/s: aku akan bercinta bila aku sudah bersedia memberi komitmen..bila?? x tahu lagi…

Friday, October 9, 2009

Ada Apa Dengan Nama…

Sejak kebelakangan ini, kecoh dalam surat khabar berkaitan nama Port Dickson.. Ada yang minta ditukarkan kepada nama lain yang bersifat Malaysia.. Adoyai..Patriotik tidak bertempat langsung siapa yang mencadangkannya…aku memang tidak setuju dengan idea itu…banyak lagi perkara penting yang boleh dibincangkan selain daripada menukar nama Port Dickson tu.. Aku setuju dengan pendapat, Datuk Seri Mohamad Hasan…"Apa salah dengan nama Port Dickson. Kita jangan ada satu fobia. Kita hidup ini jangan fobia sangat....itu tak boleh, ini tak boleh....macam-macam. Kita boleh buat sesuatu untuk kebaikan, tapi kerana disebabkan marah dengan penjajah, nama Port Dickson nak kita tukarkan," Tetapi ada sesuatu yang agak kelakar, bila aku berbincang mengenai pertukaran nama Port Dickson itu dengan kawan aku..

Kawan: Aku setuju sangat nama Port Dickson itu ditukar…baru bangga jadi anak Malaysia…

Aku: Kalau nama Port Dickson itu akan ditukar…nama apa yang paling sesuai menggantikannya???

Kawan: Ala tak payah la pening2 memikirkannya…Port kan dalam BM bermakna pelabuhan..

Aku
: Habis tu Dickson jadi apa??


Kawan: ermmm (mula berfikir….dan kemudian dia tersenyum)

Aku: Apa dia??

Kawan: Ko tukarkan la “Dick”- “Son” jadi BM…hahha

....Aku pun terus memukulnya..

Wednesday, October 7, 2009

Anda Mahu Menjadi Individu Menarik??

Aku bukan lah seorang yang sangat menarik…tetapi aku ada terbaca artikel cara-cara untuk menjadi individu menarik…aku belum praktisnya lagi, jadi aku tidak tahu keberkesanannya… mungkin selepas aku praktisnya, aku akan menjadi kegilaan setiap gadis…mana lah tahu hehehe.. disebabkan aku baik, aku ingin berkongsinya bersama kalian….marilah kita sama-sama menjadi individu menarik mulai hari ini hahah

1. Sentiasa senyum
Walaupun anda tiada gigi atau gigi anda berterabur, pastikan senyuman sentiasa terukir di wajah anda.. In kerana senyuman yg ikhlas dpt menenangkan hati orang lain. Dan anda tidak dicop sebagai sombong malah dicop sebagai COOL..

2. Banyak memberi
Kalau sudah namanya manusia, pasti akan menyukai pemberian wang, hadiah atau pertolongan daripada orang lain.. Banyak memberi disini tidak bermakna memberi rasuah kay!!…Tiada siapa yang suka kepada individu yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk saling memberi.

3. Berikan pujian
Manusia mana yang lebih sukakan cacian daripada pujian?? Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian walaupun kita terpaksa menipu sunat.. Cntohnya, terpaksa memuji dia cantik walaupun kita tahu sebaliknya…hehe.Kata pujian akan membuatkan dia berasa dihargai…

Dan banyak lagi sebenarnya…seperti mempunyai keyakinan diri, sentiasa bersikap positif, dan pandai berkawan….tetapi perkara yang paling MUSTAHAK adalah penampilan diri…pastikan sentiasa kemas dan selalu mandi hehee

p/s: ingat!! Seseorang yang menarik tidak semestinya memiliki wajah yang cantik/ensem.. itu hanyalah bonus…

Tuesday, October 6, 2009

Demam PMR…

Esok merupakan hari pertama adik aku (nurul), farhan (adik angkat) dan kawan-kawan nya akan menduduki kertas peperiksaan PMR… tak silap aku subjek BM dan agama…Adik aku macam dah terkena demam PMR je…dalam seminggu ni…aku dapati beberapa tanda yang adik aku hidapi..

1) tidak lalu makan tetapi berat makin naik hehe..
2) Pukul 8 malam, sudah mula menguncikan diri dalam biliknya…harap-harap dia study la..bukan tidur..hehe
3) Slalu pergi rumah kawan…dia bilang ada group discussion…harap btul la…bukan bergosip pasal artis..
4) Sudah tidak berebut remote tv dengan aku…kalau dulu malam2..mesti nak tngok citer P.Ramlee berulang2 kali… aku rindu suasana tu heheheh
5) Mula pergi sekolah awal….(sebab aku hantar la hehehh kalau tidak dia kena jalan kaki…)
6) Slalu mengigau menyebut..rumus2 matematik dan sains…

Aku rasa semua budak PMR lain juga mengalami situasi yang sama…Apa2 pun Aku..ingin wish gOoD Luck kepada adik aku (nurul), farhan, dan kawan2 nya…semoga berjaya k…kerana PMR ini lah menentukan hala tuju korang sama ada hendak jadi cikgu,lawyer,engineer, doctor dan sebagainya… selepas periksa baru enjoy k…



p/s: aku slalu bagi motivasi kat adik aku dengan aku pergi enjoy…tngok wayang dan berkaraoke….dia study di rumah je..hahah

Sunday, October 4, 2009

Jumpa sesuatu di tempat jogging..

Pagi ni, tetiba aku merasa sungguh bersemangat untuk pergi berjogging.. Niat di hati ingin pergi berjogging di Tasik Titiwangsa (bukan tasik permaisuri …owkay!!), tetapi merasakan yang aku mungkin hanya mampu buat 1 pusingan je nanti…agak tidak berbaloi dengan duit minyak aku pergi ke sana… maka aku putuskan berjogging di kawasan rumah aku je…agak besar juga tempat joggingnya dimana ia bersaiz 3 padang bola..(ingat aku mampu ke nak berjogging?.. sebenarnya hanya bersaiz 3 gelanggang bola tampar je..hehe)…aku pun buat la senaman ringan bagi memanaskan badan ni… lagi pun nampak macam atlet skit heheh…setelah merasakan badan aku sudah panas, aku pun mula berjogging…



TIBA-TIBA….



Aku terjumpa sesuatu di laluan jogging aku itu…. Korang rasa apa?? (saspen je kan…hehhe)....ia tidak sepatutnya berada atau tercicir di situ…ia adalah seluar dalam wanita berwarna pink…(size? Aku x sempat plak tengok…)….korang jangan tanya aku macam mana ia berada disitu… sendiri faham-faham la yerk…aku terus berjogging sambil tersenyum….heheh

p/s: aku berfikiran positif…mungkin angin meniup…jadi ia terbang dari ampaian berdekatan… p/s/s: Gambar seluar dalam itu tidak dapat diambil sebab ramai orng yang berjogging…nanti diorang kata apa plak kat aku..huh
p/s/s/s: taman rekreasi sudah menjadi tempat yg tidak selamat… awasi lah anak-anak anda… ~pesanan ikhlas

Saturday, October 3, 2009

PAPADOM

Tengah hari tadi, aku pergi ke majlis kahwin anak kepada kawan emak aku…agak meriah..dan ramai sangat orang..mungkin sebab majlis perkahwinan tu di buat di kuarters staff hospital kot…makanan dia sangat sedap…dan aku ternampak makanan yang sudah lama aku tidak makan….iaitu PAPADOM.. aku suka sangat…selepas ambil semua makanan…akan ada wakil pihak pengantin yang memberi beg cendera hati…tapi yang aku geramnya…bila turn aku je…bleh plak mak cik tu berborak…aku berdiri depan dia agak lama gak…tapi dia terus berborak…biasa lah peramah sangat kan HUH!!…last2 aku blah tanpa ambil beg tue..yela x kan nak mintak plak…segan dowh heheh..tp tak pelah, setakat telur rebus je… aku pun ada telur juga kat rumah…tapi bila aku duduk sebelah ayah aku, aku pun usha la apa yang ada dalam beg tu…sekali ada pasu seramik…lawa plak tu…ruginya tak ambil…nasib baik lah makanan dia sedap.. x rasa rugi sangat.. sedang enak aku menjamu selera, tetiba ayah aku berhenti makan…xpenah2 ayah aku x habis makan nasi keduri heheh…dia suruh aku hbskan nasi dia… sebab apa?? Aku X bleh bg tahu la hahah..aku menolak r…sebab ada orng lain juga yang duduk semeja dgn kitaorng..segan la...kalau tidak habis lah nasi tu heheh…Lepas makan, kitaorng chow la…tetiba aku terasa nak kahwin plak..


*********************************
Minggu depan, jika tiada aral melintang…kemungkinan besar aku akan pergi menonton filem PAPADOM. Aku suka sangat lakonan khiriah…best sangat…Nanti kalau aku jadi pergi tengok filem tu, aku akan ulas mengenai filem tu ya…TUNGGU!!

p/s: tahun ni aku rajin pergi ke kenduri kahwin…apa tandanya eh??...Cuma kursus kahwin je belum pergi lagi.

Celcom vs P1W1max vs Maxis

Minta maaf semua kerana dah lama tidak update blog ini..bukan aku sengaja..tetapi ada masalah dengan broadband ni…dulu masa zaman2 study kat UTM, aku guna celcom broadband…memang puas hati la… tetapi bila dah habis study ni, dok kat rumah dimana line celcom yang agak teruk…jadi terasa kesusahan untuk mengupdate blog…maka pada PC fair yang lepas, aku telah pergi membeli P1W1MAX plak…. Kononnya menurut promoter kat situ yg kawasan rumah aku ni memang tip top la line P1W1MAX tu… last2 yang ado….jadi alang2 dah terbeli…bagi lah kakak aku guna… maklum lah kakak aku dah tahun akhir belajar di UiTM shah alam…perlu line tenet ni nak buat final year project….jadi betapa baiknya adik mu ini..Hahhah.. sampai kawan aku berseloroh mengenai P1W1MAX ni.. “P1W1MAX ni hanya dapat kat lebuh raya aje sebab memang slalu iklannya didapati kat situ”.. Maka akhirnya aku memilih maxis plak, setakat ni aku berpuas hati dan berbaloi-baloi hehehhe.. jadi mulai sekarang..aku akan cuba mengupdate blog...supaya tidak bersawang lagi...

p/s: rumah aku dkat dgn zoo Negara tapi bukan dalam zoo k…agaknya sebab tu line x bagus kot hehhe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...