nak ikut.....

Thursday, February 27, 2014

Semua ingin menjadi Pengarah

Ketika berada di perpustakaan,

Sementara aku menunggu pelajar-pelajar aku menyiapkan assignment mereka…. Aku membaca akhbar yang terdapat di situ…. Aku dan beberapa orang pelajar duduk di meja bahagian tengah perpustakaan, sambil-sambil mereka membuat assignment, kami berborak pasal isu semasa….

Ketika aku leka membaca berita-berita di dalam akhbar itu, aku tergelak apabila terbaca berita ini

"Anu" tiba-tiba tidak berfungsi

Pelajar-pelajar yang duduk berhampiran aku memandang aku kepelikan….aku pun menunjukkan berita itu kepada mereka….. Mereka pun turut tergelak besar…. Dan seorang demi seorang ingin menjadi pengarah cerita….

“Ish abang ni lambat lah….cepat lah bang……”kata seorang pelajar aku

“Abang buat apa tu??”, sambung seorang lagi

“Ish tak boleh lah, tadi boleh aje…..”

"Aku lepaskan kau dululah....."

Seorang demi seorang mengeluarkan dialog masing-masing…. Tempat aku duduk itulah paling bising di dalam perpustakaan. Tapi kami bersyukur yang perempuan itu selamat dan lelaki itu Berjaya di tangkap… Itulah kekuasaan Allah, apabila DIA tidak mahu sesuatu itu terjadi, maka tidak akan jadilah…. begitu juga sebaliknya….

Kebiasaannya, aku mengalami situasi dimana ramai sangat orang yang hendak menjadi pengarah ketika aku sedang menonton wayang….mesti aku mendengar suara orang sebelah aku ke….belakang aku ke…. Ada mengeluarkan skrip sendiri…

“Lepas ni mesti hero tu pukul penjahat itu…”

“Mesti hantu muncul kat belakang tu”

Dan macam-macam lagi….Rasa nak marah je….!!!!

Nota kaki kanan: Apabila kita rasa diri kita keseorangan, tidak ada sesiapa pun untuk menjadi tempat mengadu…. Maka mengadulah kepada ALLAH, sesungguhnya DIA maha mendengar….. rasa hilang kepercayaan untuk mengadu pada manusia, mungkin aku hanya mengadu pada MU, Ya Allah.

Nota kaki kiri: Begitu mudah untuk menghancurkan kepercayaan seseorang, dan betapa sukarnya untuk mendapatkannya….

Nota tangan kanan: tajuk berita kat akhbar metro mesti sensasi kan?

Tuesday, February 25, 2014

Kisah Cinta Pelajar aku



Seperti yang aku janjikan dalam entri sebelum ini, aku akan menceritakan satu kisah cinta pelajar aku….

Bukan aku bercinta dengan pelajar itu tau, tetapi pelajar itu berkongsi cerita cintanya dengan aku…. Terasa diri ini macam Doktor Cinta pula…yang memberi pandangan dan penyelesaian pasal cinta…. Walaupun dunia percintaan diri sendiri agak rumit hahah

Ini adalah kisah cinta sebenar pelajar aku….pelajar lelaki… Nama?? Dirahsiakan…tapi boleh panggil dia “Abam A” bukan nama sebenar heheh….. Si Abam A ini ada tanya pandangan daripada aku

“Encik, Tunang saya tu curang dengan saya…kawan-kawan saya beritahu, dia keluar dengan lelaki lain”, luah dia kepada aku..

“Kamu baru dengar dari kawan kamu, kamu tidak nampak dengan mata sendiri…mungkin kawan kamu silap atau mungkin dia keluar dengan saudara dia ke…. Baik kamu tanya sendiri untuk kepastian pada tunang kamu itu”, jawab aku lagak gaya seperti Doktor Cinta hehe….

Pelajar aku pun sudah bertunang, aku bila lagi…….

“Macam mana kalau betul Tunang saya itu curang dengan saya encik? Rasa geram nak tumbuk-tumbuk je muka lelaki yang kacau tunang saya itu encik”

“Ish kalau saya jadi awak, saya tidak tumbuk muka lelaki itu”

“Habis itu, encik buat apa??”

“Saya tumbuk muka tunang saya itu……Kalau dia tidak layan, mesti tak jadi….tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyilah”

“Aah betul juga itu encik”

“Tetapi kalau saya jadi lebih waras, saya tidak tumbuk muka perempuan itu”, kata aku lagi

“Habis encik buat apa??”

“Saya akan jadikan diri saya lebih baik….kalau boleh lebih baik daripada lelaki itu….Baru menyesal perempuan itu tinggalkan saya”

“Betul juga”



Nota kaki: Tiada masa untuk menangis kerana cinta berebut perempuan, lebih baik menangis kerana masih belum cukup lagi untuk membalas jasa ibu….

Sunday, February 23, 2014

Sejoli

Sejoli!

Misi mencantas cinta

Semalam aku berpeluang menonton filem Sejoli arahan Osman Ali bersama rakan aku… Boleh tahan lah filem ini…dari 10 bintang, aku bagi la 6 bintang… Filem ini gabungan romantic dan kelakar….agak terhiburlah…. Untuk rehat-rehat kan minda….Tak perlu nak pening-pening kepala fikir jalan ceritanya….

Aku setuju untuk menonton filem ini, sebab  pelakon-pelakon yang hebat membintanginya seperti Maya Karin, Remy Ishak, Izara Aishah, Bront Palarae, Azad Jasmin dan Dira Abu Zahar…. Serius dalam filem ini, Maya Karin sangat cantik tetapi aku rasa agak seksi lah…..Oh aku sudah jatuh cinta!!! Hehe

Yang lagi best, pemandangan dalam filem ini sangat cantik terutamanya pengambaran di Thailand…. Boleh jadi salah satu tempat untuk berbulan madu nanti hehe…..



Okay, mari aku cerita sikit sinopsis filem ini….Ia mengisahkan Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palarae) yang kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan masing-masing. Gina telah putus tunang dengan Hardy (Remy Ishak) anak orang kaya. Manakala Joe pula putus cinta dengan Nita (Izara Aishah) seorang model terkenal. Kemudian mereka berdua membawa diri ke Phuket, Thailand. Di situlah terjalinnya talian persahabatan tanpa disengajakan diantara Gina dan Joe. Kemudian, mereka mendapat idea untuk berkomplot dalam misi mencantas cinta sambil dibantu oleh Lola (Dira Abu Zahar) dan Joned (Azad Jasmin) apabila mendapat tahu ex-ex mereka berdua bercinta dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Disinilah bermula babak-babak kelakar dan mencuit hati…..Berjayakah misi mereka dalam mencantas cinta? Mana boleh aku bagi tahu….kena tengoklah heheh….

Nota kaki kanan: Dalam entri seterusnya, aku akan menceritakan kisah cinta pelajar aku…. Nantikannya J

Nota kaki kiri: Jom sertai kursus asas pembinaan blogspot pada 28 februari 2014 ini di Kolej Komunti Ledang. Daftar Sekarang!! Hubungi kami di talian 06-9783597 (Pn Norazila) untuk tempahan kursus. Maklumat lanjut sila berhubung di SINI


Wednesday, February 19, 2014

Penyakit pelajar semester akhir

Bukan Sekali…tetapi sudah banyak kali aku perhatikan, ragam pelajar-pelajar semester akhir….. mesti akan dijangkiti satu penyakit yang sama….

Kebetulan, ini kali kedua aku pegang kelas pelajar semester akhir….aku perhatikan “penyakit” ini mesti berjangkit kepada pelajar semester akhir

Penyakit apa?

Penyakit mula hendak aktif pada semester akhir……sedangkan sebelum ini sudah ada 3 semester berlalu…. mereka tidak hirau langsung mengenai aktiviti kolej… Dulu mereka hanya tahu, pergi ke kolej, belajar dalam kelas dan balik ke rumah….Kalau ada sebarang aktiviti yang berlangsung di kolej, jangan harap hendak melihat muka mereka masuk…hendak melihat bayang-bayang mereka, lagilah jauh hehe

Tetapi apabila sudah berada di semester akhir iaitu semester keempat, mereka mula berubah….mula menjadi peramah, tegur dan bergurau dengan pensyarah….mula datang awal ke kelas…..dan yang paling aku terkejut, mula hendak menyertai aktiviti kolej dan mengisi masa lapang dengan bersukan di kolej…..

Aku rasa mereka hendak meluangkan sebanyak mungkin masa di kolej, kerana mereka sudah berada di semester akhir….mungkin mereka akan rindu kolej ini nanti apabila sudah habis belajar nanti….

Bagi aku…..aku gembira dengan perubahan ini, mungkin belum terlambat lagi untuk mereka berubah…. Aku harap perubahan ini akan berkekalan sehingga mereka memasuki alam pekerjaan nanti… Perangai yang elok itu haruslah dikekalkan, perangai yang tidak elok itu….cubalah tinggalkan perlahan-lahan ye… hehe


 bergambar dengan pelajar aku selepas persembahan nasyid :)

Nota kaki: Ingin menyertai kursus pendek asas pembinaan blogspot? Daftar sekarang.. Segera!! Hubungi kami di talian 06-9783597 (Pn. Norazila) untuk tempahan kursus atau di facebook


Saturday, February 15, 2014

Kursus Asas Pembinaan Blogspot

14 Februari 2014 yang lepas, iaitu hari Jumaat dimana kebanyakan Jabatan kerajaan di negeri Johor bercuti…..aku pula awal-awal pagi sudah terpacak di ofis…. Aku diminta untuk mengajar kursus pendek kepada komuniti setempat… iaitu Kursus Asas Pembinaan Blogspot…

Kebiasaannya, aku mengajar kursus blog ini kepada pelajar sekolah…dan aku biasanya perkenalkan diri aku sebagai Abang KJ kepada murid-murid ini hehe…. Dan kursus blog yang baru lepas ini, aku kena mengajar komuniti setempat yang lebih berusia daripada aku….Maka terpaksalah aku memperkenalkan diri sebagai Encik Khairul heheh

Ini adalah pertama kali….aku kena mengajar kursus blog untuk orang dewasa…..kira berdebar-debar juga lah hati ini…..sebab bagi aku, nak tackle kanak-kanak lagi mudah daripada orang dewasa….takut masa 5 jam kursus berjalan terasa lama dan terseksa pula hehe

Dan syukur Alhamdulillah, kursus berjalan sangat lancar dan enjoy…. Dan aku berpuas hatilah dapat berkongsi ilmu, harap mereka semua berpuas hatilah dengan kursus aku ini….. dan biasanya di akhir kursus ini, aku akan memberi borang soal selidik….dan aku akan membaca komen-komen yang diberi supaya aku dapat mempertingkatkan lagi teknik aku mengajar….. ada yang positif dan negative….tapi semua aku ambil sebagai motivasi….dan komen kursus baru-baru ini semuanya positif….Alhamdulillah!!!


"Kursus sangat bagus, pengajar sangat bagus. Tolong contact saya sekiranya ada kursus baru (ICT)" - Encik Sahizan Bin Mohd Sari



Nota kaki kanan: Ingin mempelajari kursus-kursus pendek yang paling murah dipasaran? Hanya tempah tempat anda di SINI

Friday, February 14, 2014

Sambut Hari Valentine



Oh rupanya hari ini 14 Februari 2014,

Aku sendiri pun tidak sedar hari ini hari valentine, melainkan kawan-kawan aku mengingati di wassap bahawa haram menyambut hari valentine oleh umat islam.

Hari ini aku buat apa?

Aku sambut hari valentine?

Sudah tentulah tidak!!! Hari ini aku kena kerja, aku buat kursus pendek asas pembinaan blogspot…. Mengenai kursus ini, aku akan ceritakan dalam entri aku seterusnya….

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun, mandi dan bersiap…..aku pakai t-shirt masukkan baju dalam seluar slack dan pakai kasut hitam…..lagak umpama Tengku Adam Kamil….dan apabila aku keluar dari rumah menuju ke kereta, makcik aku pun tegur….

“Pergi dating ke? Hari ni kan johor cuti?”

“Eh taklah…pergi kerja,ada kursus pendek”

Ni yang aku malas pakai smart-smart sikit….hehe….aku terus masuk kereta, dan memandu kea rah kolej…

Dalam perjalanan, aku memasang radio era….oh hari ini radio era bertemakan “Hari valentino rossi”, lagu-lagu yang dimainkan adalah rancak-rancak….tiada lagu-lagu cinta meleleh dan mendayu pada hari ini…. Memang terbaik la…baru la aku semangat untuk pergi kerja walaupun orang lain bercuti hari ini heheh…..

Photo: Kursus pendek pembinaan blogspot...tengah tunggu pelajar dari komuniti setempat

#selamat pagi
#merasa kerja pada hari jumaat lagi
gigih aku datang awal.....peserta kursus pun tidak sampai lagi heheh

Nota kaki kanan: Seronok mengajar kursus pendek hari ini J

Kenali aku
Instagram: khairuljohari86
Wechat: kjkun86

Facebook: KJ kun

Tuesday, February 11, 2014

Jagalah diri…

Panaaaaassss!!!

HoOOOttttt!!!!!

Sekarang ni, cuaca semakin panas….agak terik….rasa nak pergi ofis pakai singlet je heheh…. Dulu rasa sangat sejuk, seperti berada di luar Negara….siap pakai baju sejuk lagi pada jam 12 tengah hari hehe

Sekarang cuaca sudah tidak menentu lah….aku rasa dekat nak 2 minggu sudah tidak hujan di kawasan aku ni….pokok-pokok pun sudah kering… dan kalau menonton berita hari ini, terdengar banyak berita kes kebakaran terbuka sama ada disengajakan atau tidak…..

Kenapa cuaca sekarang sudah tidak menentu? Aku yang sedang menaip entri ni pun, pasang dua kipas… full speed lagi….tidak tahan lah, berpeluh je….Ini baru panas dunia, macam mana lah keadaan panas di sana….Insaf sekejap!!! Dan aku selalu dengar orang nasihat, kalau cuaca panas macam sekarang ini….kena banyak minum air suam…. Baru badan kita akan sentiasa segar

Dan sekarang ini pun, banyak kes denggi aku dengar….kawan-kawan rapat aku sudah 4 orang disyaki denggi….kawan-kawan jauh aku pula seperti isteri penyanyi Black tu pun kena denggi… Jadi jagalah diri anda ye…. Kalau abah aku masih ada, mesti dia akan pastikan anak-anak nya pasang kelambu dulu sebelum tidur……Tetiba rasa rindu pula kat abah….




Nota kaki kanan: Panas di dunia ini pun kita sudah mengeluh dan merungut, bagaimana kita hendak menahan panas di SANA??? Jika anda tidak mampu menahan panas di dunia ini, sudah tentu anda tidak mampu menahan panas di SANA….jadi lakukanlah segala suruhan-Nya dan meninggalkanlah segala larangan-Nya….pasti anda dilindungi di SANA….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...