nak ikut.....

Friday, September 30, 2011

Aku tertekan??

Pagi tadi ada pemeriksaan kesihatan kat tempat kerja aku… percuma je…aku kalau benda-benda percuma ni aku suka la….aku pun dengan suka hatinya pergilah ke bilik seminar dimana tempat berlakunya pemeriksaan kesihatan percuma itu…. Aku hanya pergi check tekanan darah dan BMI aku je…. Sebab aku baru je masuk kerja ni, jadi aku baru je buat pemeriksaan kesihatan sebelum ini…

Aku pun mengisi borang dan jururawat bertugas membuat pemeriksaan tekanan darah ke atas aku… sambil-sambil menunggu keputusan itu, dia pun berborak dengan aku…aku yang peramah ini pun melayan je lah…dan bila result keluar, dia terkejut…

Jururawat: eh bacaan tekanan awak tinggi lah untuk orang muda macam awak…160 tu…awak tertekan ke??

Aku: Kerja kerajaan tertekan ke nurse???

Jururawat: Habis tu kenapa tinggi sangat???

Aku: saya nervous, jururawat asyik pegang tangan saya tadi…

Jururawat: Ish awak ni…saya dah sebaya dengan emak awak

Aku: (hanya ketawa melayan jururawat itu..hahhah)

Kemudian aku diminta berdiri untuk diukur tinggi dan berat….Apabila aku naik je penimbang, berderet kawan aku baca bacaan penimbang….kurang asam!!! Tahulah aku ni berat… Selepas dikira BMI aku, aku kena ceramah dengan jururawat itu tadi…. Awak kena turunkan berat badan ini…awak sipi-sipi je nak obesiti ni… nanti dapat penyakit…susah. aku membalas:

Aku: Nurse ada anak dara tak??

Jururawat: ada. Kenapa??

Aku: Ok mak, saya akan ikut nasihat emak…baru sekarang saya semangat nak kurus ni haha

Jururawat: (jururawat tu layan je perangai aku ni hahah)

Thursday, September 29, 2011

Jom Tambah Follower

Saje je aku join segmen Lulu...dah alang-alang tiada idea untuk buat entri...secara tak langsung dapat juga berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain... segmen yang ringkas tapi memberi banyak faedahnya hehehhe.. nak join?? klik saja banner di atas..

p/s(i): Kenapa ramai gurl je join segmen ni eh?? Untung la aku join, dapat cari teman heheh

p/s(ii): Rasanya penyokong kelab selain dari chelsea tak join kot heheh...sebab banner pakai baju chelsea

Wednesday, September 28, 2011

Oh telur…kenapa naik???

Arghhhh!!!! Harga telur ayam dah naik!!!

Naik 2 sen sebiji bagi semua gred di seluruh semenanjung mulai semalam…

Alasannya kekurangan bekalan…

Tapi nanti bila bekalan dah cukup…harga telur ayam mesti tak turun balik 2 sen…mesti buat-buat lupa punya…

Ini menjadikan harga baru bagi telur ayam gred AA peringkat runcit meningkat kepada RM32.50 untuk 30 biji berbanding RM30.50 sebelum ini manakala telur gred A berharga RM32 berbanding RM30 bagi jumlah sama dan telur gred B RM31 berbanding RM29.

Sementara itu, harga untuk 30 biji telur ayam gred C ialah RM30 berbanding RM28 manakala gred D RM29 berbanding RM27.

Kesian lah kat aku yang bujang ini….telur goreng merupakan lauk yang paling istimewa dan sedap yang biasanya orang bujang seperti aku ini makan…ehheh..jadi kami terasa dengan kenaikan harga telur ini

Oh telur…turunlah balik..

p/s: Apa kata seminggu dua ini, kita pakat ramai-ramai jangan makan telur…biar bekalan jadi banyak dan stabil semula di pasaran…gunakan kuasa pengguna!!

Saturday, September 24, 2011

Jangan sentuh objek pelik…

Hari ini aku baca surat khabar…..ada berita di mana Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui… Ini kerana ia berkemungkinan serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)…Kan aku dah kata dalam entri yang lepas…jangan kata jangan….lagi dilarang, lagilah disentuh hehehe…

Laporan NASA yang dipetik collectSPACE..com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu. Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.

Aku menjadi takut dan lebih berhati-hati apabila keluar rumah….takut terpijak atau tersentuh serpihan satelit itu jika ada, yang mungkin merbahaya kepada diri manusia….Aku jalan keluar rumah hanya tunduk memerhati tanah je…. Memerhati setiap langkah ku…. Lagak seperti ustaz amirul yang menjaga pandangannya =)…syukur jika diriku berkekalan seperti itu heheh

Dan pagi tadi, aku membantu makcik aku mengemas halaman rumah….makcik aku gigih menyapu daun-daun kering yang terdapat di halaman rumah…dan aku ternampak sesuatu benda yang pelik berada berhampiran rumah…. makcik aku terus menyapu dan menghampiri kepada benda itu….. aku menjadi takut dan menjerit

Aku: Makteh…jangan dekat dengan benda itu!!!

Makteh: Kenapa? Tak kan nak biar je kat sini??

Aku: Benda itu mungkin satelit…bahaya kalau terkena kulit!!!

Makteh: Satelit mendenya….ini tahi lembu yang dah keras la!!!

Aku:@#$%&@

Aku kena banyak belajar menjadi budak kampong….Ini tidak, setiap hujung minggu balik KL hahaha…atau aku perlu kurangkan baca surat khabar??? hehehe

7 Oktober….kena tengok TV!!!

Ada apa dengan 7 Oktober???

Ada siaran langsung artis kahwin di TV ke???

Oh Tidak!!!!

7 oktober adalah tarikh di mana pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak…

Aku sebelum ini, tidak pernah pun tengok pembentangan bajet….tapi kali ini kena tengok….haha Kenapa?? Sebab kemungkinan kakitangan sector awam sekali lagi menikmati kenaikan gaji…. Sebelum ini bonus raya, aku tak sempat dapat sebab baru masuk menjadi kakitangan awam..... harap kali ini dapat lah hehe…

p/s: Ada tak bonus untuk orang bujang je?? …supaya dapat buat simpanan untuk perbelanjaan kahwin hehehe

Thursday, September 15, 2011

Belut itu sangka benda itu temannya….

Alkisahnya, ingin kelihatan muda lebih 10 tahun, seorang lelaki di China, Zhang Nan sanggup mengambil rawatan berendam bersama sejumlah belut…Dia menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan belut-belut itu memakan kulitnya yang telah mati….Setahu aku hanya ada rawatan ikan…aku pernah cuba… rasa geli-geli je ikan makan sel kulit mati kita

Namun, seketika kemudian, dia merasa sakit seperti dicucuk dan menyedari seekor belut kecil berada memasuki memasuki pundi kencingnya…Aku rasa belut tu sangka tu teman sehidup sematinya… HAHAHA

Kesian!!!

Dia dibawa ke hospital bagi menjalani pembedahan kecemasan selama 3 jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doctor….Memang betullah teman SEhidup SEmati….Benda tu hidup, Belut tu mati hahaha..

Menurut doctor, belut kecil itu mampu memasuki kemaluan Zhang Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin….bukan sebab benda Zhang Nan tu besar okay!!! HAHAHA.

Wednesday, September 14, 2011

Jom makan sushi!!!

Tahukah anda??

Jepun merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai ramai masyarakat tua…Ia mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas…dan kebanyakannya adalah wanita… Bagaimana boleh ramai berusia lebih 100 tahun?? Kalau kat Malaysia nak jumpa orang yang berusia 100 tahun ke atas mesti sukar… aku rasakan mesti sebab factor makanan… yelah kita sedia maklum yang mereka suka makan ikan, sayur,makanan yang tidak digoreng dan lain-lain yang berkhasiat…. Jadi mulai hari ini, aku nak selitkan makan ikan walaupun aku tak suka hahaha….aku biasanya makan sardine dan ikan bilis je…

Kalau lepak dengan rakan-rakan, aku akan cuba cari kedai sushi sebagai pilihan untuk menu tambahan selepas makan ayam goreng, pizza dan burger hahah

CHIYONO HASEGAWA - rakyat paling tua di Jepun

p/s: Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya…..

Wednesday, September 7, 2011

Jangan kata jangan!!!

Itulah sikap masyarakat kita, kalau di kata jangan/ melarang….lagilah di buat benda itu… aku pun sama juga, emak aku kata jangan panjat pokok, aku lagi suka panjat pokok…emak aku kata, jangan keluar malam, nanti ada hantu… aku tetap keluar malam, dan aku pulak jadi hantu hahah..

Kalau tak percaya, cuba korang pergi kat mana-mana papan tanda yang tulis jangan buang sampah disini… mesti korang akan jumpa, berbungkus-bungkus sampah tersusun rapi di bawahnya… pergi juga kawasan yang ada tulis jangan merokok…pasti akan ada juga orang yang merokok… Jangan main mercun, tetap ada juga yang main mercun….Kenapa jadi begitu?? Kalau aku lah, aku buat perkara yang dilarang kerana rasa keseronakan membuat perkara itu dan terlepas daripada terkena apa-apa…tapi tu dulu la….sekarang dah insaf heheh

Dan semasa aku beraya di kampong nenek aku baru-baru ini, aku terjumpa amaran ini…

Rasa-rasanya apa yang aku buat???

Aku ambil gambar lah…sebab tu ada gambar ni hahha… aku pijak-pijak, aku cangkung kat situ…tak meletop pun heheheh

Jadi jangan kata JANGAN, nanti lagi orang buat!!!

p/s(i): Tidak ada maknanya amaran jangan itu, jika tiada perlaksanaan hukuman / denda itu.

p/s(ii): Apalah sangat peraturan manusia itu, jika peraturan tuhan pun berani tidak di ikut…

Monday, September 5, 2011

Pesaing cinta wanita!!!

OH…Aku rasa kaum wanita mesti terasa tercabar….Bila baca surat khabar hari ini…

Mana tidaknya….2 orang lelaki muda….berebut seorang pondan… Salah seorang lelaki itu adalah daripada golongan terpelajar iaitu pelajar IPTA…. Hurm sayangnya…belajar tinggi-tinggi, tapi kurang cerdik atau mungkin terlebih cerdik…

Pelajar IPTA itu cedera parah setelah disimbah asid oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal…motif utamanya adalah cemburu….(sekarang ni main simbah asid je…seram juga!!!)…..Kenapa lelaki lebih suka pondan??? Ada juga kawan-kawan aku bagi pandangan…Nampak macam boleh terima juga pandangan mereka hehe…nanti aku kongsi kan dalam entri akan datang…

p/s: Orang kata, kebanyakan golongan pondan ni lebih cantik daripada wanita tulen, betul ke??

Aku kata: Mungkin ada kebenarannya juga…sebab yang aku kenal dan lihat semuanya cantik-cantik hehehe

p/s(ii): semalam tengok kat astro, cerita jehan miskin jadi pondan dalam “Mak ok je”, tak faham apa pun sebab dialog terlalu perlahan….walaupun volume TV aku dah maksimum….sayangnya, membariskan ramai pelakon-pelakon mantap… Aku tukar siaran lain je…heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...