Saturday, April 23, 2011

Bila aku masuk sekolah….

Hari ini majlis perkahwinan kawan sekolah rendah aku, aku hendak sangat pergi….tapi aku tak nak pergi seorang diri….tak seronoklah…makan seorang diri je nanti…rakan pula bersanding dekat atas pelamin.... pasti sibuk dan tak sempat jumpa sangat…mungkin hanya melambai tangan dari jauh je…. Jadi aku ajak lah beberapa rakan yang turut kenal kawan sekolah rendah aku ni….tapi semua ada hal…Maka aku tidak menghadirkan diri ke majlis kenduri itu… Maaf ye…Kenduri lain kali aku akan pastikan diri aku hadir…. Tetiba aku rasa sedihnya, masih single pada usia ini huhuh…Jika sudah berteman, senang je ajak dia temankan aku…kalau dia tak nak, aku ugut cari lain la hahahha (kepada gadis-gadis sunyi di luar sana sila hubungi aku hahahha)

Disebabkan aku ni jenis yang tidak suka duduk rumah….dan aku pula dah batalkan rancangan untuk pergi ke majlis kahwin kawan aku tu….Maka aku ajak adik aku temankan aku pergi ke sekolah kakak aku… SMK Tinggi Setapak…(Mesti anda pelikkan kenapa aku tidak ajak adik aku pergi kenduri kahwin kawan aku tu kan?? Sudah semestinya la adik aku tak kan pergi ke majlis orang yang dia tidak kenal….)

Kenapa aku pergi ke sekolah?? Ingin tukar kerja ke??


OH Tidak….Aku bukannya hendak tukar kerja walaupun dalam kepala ini sudah ada perancangan ke arah itu… haha..Aku ke sekolah kerana ada Hari Kantin di sekolah kakak aku… Apa itu Hari Kantin??? Hari Ulang Tahun terbentuknya kantin sekolah itu ke??? BUKAN!!!! Hari Kantin ialah hari-hari jualan….setiap kelas jual makanan, air, baju, kek, aiskrim dan sebagainya….



Manalah tahu, bila aku ke sekolah itu, ada jodoh aku di situ….ada pelajar atau cikgu yang masih single terpikat ke?? Hahahah… Sampai je kat sekolah itu, aku dan adik aku terus pergi jumpa kakak aku…. kitaorang duduk di kantin… dan datang lah seorang gadis india ke tempat kami sambil membawa barang jualannya…. sungguh pantas gadis india ini mengesan mangsanya…HAHA


“Abang hendak beli nasi lemak?? Beli lah abang, tinggal 4 bungkus je lagi ini”, (aku terpukau sebab sungguh hebat bahasa Malaysia nya….)


Aku menggelengkan kepala, tanda aku tak nak…sebab aku baru je makan nasi kat rumah tadi… Lagipun aku tak nak bersubahat…kerana sekarang ini, nasi lemak kan menjadi “kambing hitam” / penyebab pelajar sekolah obesiti…. Aku takut di dakwa, atas kesalahan…”orang luar makan nasi lemak di dalam kawasan sekolah”…HAHAHA


“Belilah abang nasi lemak seringgit ni”, rayu gadis india itu lagi

“Nasi lemak 50 sen tak ada ke??” kata aku dalam hati hehehhe

Aku menggeleng dengan lebih laju lagi…hampir tercabut kepala aku ini….aku harap dia memahami maksud aku…yang aku tak nak…

“Belilah abang…tinggal 4 je yang terakhir ni..”semakin kuat rayuannya…

Cuba bagi tahu aku…lelaki mana yang dapat tahan daripada rayuan seorang perempuan?? Dia tu GAY ke??? Hehe.. Akhirnya, aku tertewas dengan rayuan gadis india itu… Aku cakap;

“Tapi kami hanya ada 3 orang je”

“Camtu abang beli lah 3 bungkus, yang satu bungkus lagi saya jual pada orang lain”

SENTAP aku…Aku ingat dia akan kata;

“Abang beli 3, 1 saya bagi percuma”…. Hehe budak-budak berniaga pun tahu tidak mahu rugi…

Aku pun makan lah nasi lemak seringgit gadis india itu… sambil-sambil perhatikan gelagat budak-budak lain berniaga di sekolah itu….


inilah rupa nasi lemak seringgit tu


Selepas habis makan nasi lemak itu, aku perhatikan gadis india itu dari jauh…dia seolah-olah menuju ke arah aku lagi sambil membawa bungkusan lain….dari jauh aku perhatikan dia tersenyum…Nampak sebaris giginya yang putih….Tepat sangkaan aku…dia memang menuju ke arah aku sambil membawa beberapa jenis kek pula….


ALAMAK!!!

Dia menggunakan cara yang sama seperti dia menjual nasi lemak tadi….rayuan yang hebat…dan aku rasa memang dia seorang yang berbakat menjadi jurujual…aku cepat-cepat angkat kaki, sebelum semua duit aku habis pada gadis india itu hehe.. Tapi aku memang bangga dengan dia, dia memang seorang yang amat berbudi bahasa….tiada kesalan di luahkan, jika tiada orang membeli barang jualannya…hanya ucapan terima kasih terpancul dari bibirnya…

Tak banyak yang aku beli, sebab aku sampai pun sudah tengah hari…tujuan asal hendak ambil kakak aku balik ke rumah je…jadi aku hanya ronda-ronda mengelilingi sekolah kakak aku… tetiba aku terasa hendak kembali ke zaman sekolah….



p/s: Selamat penganti baru Maisarah...

No comments:

Post a Comment