Sekarang ini, kecoh kembali isu ramai wanita lewat kahwin….
Kalau aku tidak silap, isu ini pernah kecoh suatu ketika dulu…kemudian senyap dan kini kecoh kembali… Kira isu bermusim la….dan aku tidak faham kenapa isu ini dibangkitkan…. Rasanya banyak lagi isu yang lebih penting seperti….ramai remaja wanita tidak kahwin tetapi sudah ada anak ke????
Bagi aku ramai wanita lewat kahwin kerana tiada jodoh lagi…. Selalunya terjadi dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi…. Yelah habis belajar pun dah dekat umur 25 tahun….pastu hendak kerja untuk mencari duit bagi majlis perkahwinan pula….lain lah kalau ada yang hendak taja…
Selain tiada jodoh lagi, ada faktor-faktor lain seperti pasangannya tidak bersedia lagi, wang hantaran yang tinggi kerana ada ijazah… Tiada pasangan yang setaraf / sesuai dan sebagainya….Tapi pada umur berapa yang di kategorikan sebagai lewat?? Adakah antara umur 25 dan 29 tahun???
p/s: Aku akan kahwin kalau kewangan aku sudah stabil…Cemburu aku tengok abang salih yakob bakal mencukupi koata isterinya…
p/s/s: Kenapa perempuan risau kalau lewat kahwin??? Malu kalau dekat nama masih ada CIK walaupun sudah lanjut usia???? Jadi sanggup ambik mana-mana lelaki menjadi suami asalkan tiada panggilan CIK???
p/s/s/s: kawan perempuan aku pernah kata, “lebih baik jadi janda daripada anak dara tua…itu tanda tidak laku”….betapa dahsyatnya kerisauan dalam diri wanita jika tidak kahwin…
p/s/s/s/s: Untung juga menjadi lelaki….orang tidak dapat tahu kita sudah kahwin atau tidak!!! Hehehe.. Tapi aku geram dengan rakan sekerja aku…ketika aku mula-mula masuk kerja, dia tanya aku… “Encik khairul ini ayah anak satu ke???”… arghhhh…terus esoknya aku jaga pemakanan aku supaya badan aku tidak ada rupa gaya ayah-ayah lagi..
4 comments:
haha~
ayah anak dua ler..=)
Gaya ayah anak satu tu pujian... Ala-ala lelaki penyayang :)
cm sesuai je ngan kj.haha
nak like perenggan ke 2 huhuu
Post a Comment