Wednesday, May 4, 2011

Mengapa aku masih tidak kahwin (Alasan 1)

*Aku di dalam entri ini bukan merujuk kepada diri ku tetapi secara umum*

Aku memang hendak kahwin….Calon isteri pun sudah ada… tapi macam mana aku hendak kahwin???


Duit untuk belanja kahwin sangatlah tinggi….tak terjangkau dengan duit gaji aku ini…..hantaran dan kenduri segala bagai semua perlukan duit…. Kalau calon isteri setakat SPM…orang kata duit hantaran je dalam rm 8000, kalau ada Diploma pula…tinggi sikit nilainya…mungkin RM 10000…dan kalau ijazah ke atas bertambah tinggi lah nilainya….. itu kata orang lah kepada aku…jadi kepada kaum wanita…itulah pentingnya…higher education!!! (sebut ikut gaya usop wilca hahah)…Aku pernah beritahu kepada kawan baik aku……


Aku: Alangkah indahnya hidup kita jika masih ada gadis yang sanggup hanya menerima senaskah Al-Quran sebagai hantaran yang lebih tinggi nilainya daripada wang ringgit….


Kawan: Nak masuk tandas sekarang pun sudah pakai duit…30 sen paling murah…sekarang semua perlukan duit bro!!!


Aku: Camtu aku bagi duit hantaran 40 sen la..up sikit dari duit masuk tandas HAHAH


BUSHHHH!!! ~ Aku di belasah!!!!


Berbalik kepada duit hantaran yang tinggi, kalau sama-sama, kedua-dua belah pihak bertimbang rasa dan saling tolong menolong…itu tidak apa… tapi jika semuanya diserahkan kepada pihak lelaki, itu namanya pecah kepala… terseksa pihak lelaki untuk mengumpul duit hantaran, duit untuk beli rumah dan sebagainya… Tak kanlah lepas kahwin, hendak tumpang duduk dengan ibubapa pula??? Kalau rumah besar mungkin tiada masalah….


Mungkin ada yang rasa duit hantaran sekarang ini tidak tinggi sangat…ikut pasaran semasa kan… tapi cuba anda buka surat khabar hari ini….masakan ada orang yang sanggup tipu tunangnya dengan menghantar SMS minta RM 47000 kerana kena culik???


Kerana terdesak akibat ketiadaan wang untuk melangsungkan majlis perkahwinannya, seorang perunding luar cuba menipu tunangnya sendiri dengan menghantar SMS yang berbunyi ‘tunang awak diculik dan berada dalam tangan saya... untuk menyelamatkannya tunggu arahan seterusnya’ bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM47,000 daripadanya.


Mangsa menerima SMS kedua kira-kira jam 10 malam yang memintanya memasukkan wang berjumlah RM47,000 ke satu akaun bank seperti diarahkan. Bertindak atas laporan dibuat wanita itu sebaik menerima mesej pertama, polis berjaya mengesan lokasi suspek dan menahan seorang lelaki di Stesen KL Sentral pada malam sama.

Ketua Polis Selangor berkata siasatan yang dijalankan mendapati SMS itu dihantar sendiri tunang mangsa dan tujuannya adalah untuk mendapatkan wang hantaran perkahwinan dengan cara mudah.

Katanya, suspek mendakwa terdesak untuk mendapatkan wang bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan dilangsungkan akhir bulan ini.


Rasa-rasanya apa kisah akhir perhubungan mereka ini???


p/s: Nak beli kereta atau rumah, emak aku bagi berhutang…tapi untuk berkahwin…emak aku tidak bagi!!!


p/s/s: Setiap kali buka facebook….sentiasa ada jemputan kahwin dari kawan-kawan….HUHU… Misi untuk mengumpul RM 47000!!! Tak nak jadi orang terakhir kahwin!!! HAHAHA

No comments:

Post a Comment