Sejak dari isnin lepas aku dijangkiti satu penyakit iaitu penyakit bangun awal pagi….Dah empat hari berturut-turut aku terbangun sebelum azan subuh berkumandang…selalunya payah untuk aku bangun kalau hanya tidur 4-5 jam….syukur juga kerana sekarang kerap mendengar azan subuh di pagi hari… amat mendamaikan!!!!
Aku rasa…aku tahu kenapa aku kerap bangun awal pagi minggu ini… terutamanya hari ini!!!
Mungkin kerana minggu ini adalah minggu terakhir aku bekerja di syarikat ini…. Malam tadi hampir setiap jam aku terbangun dan terus melayari internet…. Aku bukan gila!!! Aku buka lawan web cimbclick.. hendak semak sama ada gaji aku sudah masuk atau tidak… Kalau tidak masuk lagi, mungkin aku akan batalkan niat aku untuk berhenti kerja hari ini…. Pukul 12 tepat aku semak…belum masuk lagi… Jadi aku tidur la…kemudian aku terbangun pada pukul 1 pagi, semak...masih belum masuk lagi… kemudian tidur balik….begitulah keadaan aku untuk jam 2 pagi sehingga 4 pagi…. Sampailah pukul 5 pagi, aku semak sudah masuk…terus tidak boleh tidur semula HAHAHA…..
Sekarang hanya tinggal lagi satu saja tugasan… iaitu hantar surat berhenti kerja.. Sedih juga hendak tinggalkan kawan-kawan di syarikat ini… tapi aku memikirkan yang aku tiada masa hadapan di syarikat ini… baik aku cari lain…. Rezeki bukan ditentukan oleh syarikat tetapi Tuhan!!
Harap semuanya berjalan dengan lancar!!! Taknak lah jadi seperti ini :-
Aku: Bos, hari ini saya hendak ber… ber… ber..
Bos: BER…. Apa???
Aku: Bekerja dengan lebih semangat lagi hehe
p/s: Aku akan merindui sahabat-sahabat aku di syarikat ini…. Walaupun kita akan jarang berjumpa lagi selepas ini…. Tapi kita masih boleh berhubung lagi…apa gunanya telefon yang mahal??? Hahah
yeay gaji dah masuk!!! nak makan kfc ler..da lama tak makan kfc.. =)
ReplyDeletejom2 g makan kfc...
ReplyDeletenice post...
ReplyDeletemari lah berbagi
betol tu.."rezeki di tangan tuhan..bukan di tangan bapakk!" kata Syawal =D chaiyok!!
ReplyDeleteLa, kenapa pula berhenti kerja? Dapat jd cikgu ya :-)
ReplyDeletefirst time singgah sini :D
ReplyDelete