Siapa berani panggil polis bodoh??? Angkat tangan!!!
Aku??? Tidak berani sama sekali!!!
Yela, gara-gara memanggil seorang angota polis, Konstabel Mohd Hafifi Ali (bukan nama sebenar) dengan gelaran bodoh, Nur syafa watiha wahab (bukan juga nama sebenar HEHEHE) dikenakan denda Rm 50 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah…
Ketika itu, Konstabel Mohd Hafifi menahan Nur syafa kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal…. Bagi aku lah, daripada dia kata polis itu bodoh semasa dia di tahan… lebih baik dia merayu dan berjanji akan memakai topi keledar kemana sahaja dia pergi selepas ini…termasuk pergi tandas heeehe… yela mungkin polis itu akan lepaskannya, dan beri peringatan sahaja…. Ini tidak, kata polis itu bodoh…terus la polis itu jadi panas dan bengang…terus la di dakwa kerana tidak memakai helmet dan mengata polis bodoh…. hahaha
p/s: Kalau ada orang panggil aku bodoh, boleh ke aku dakwa mereka dan dapat Rm 50??? Kalau boleh, aku hendak dakwa anda semua sebab awal-awal masa baca tajuk entri ni dah kata aku bodoh….
p/s/s: Janganlah ada 40 orang baca entri ini….silap-silap, betul-betul bodoh nanti….TIDAK!!! heheh
Itulah sebenarnya kehidupan kita. Bagi saya sendiri tidak layak mengatakan orang lain bodoh. Ini kerana saya yakin kita semua tidak sempurna. Jika sempurna sekali pun apakah hak kita untuk kata orang bodoh.
ReplyDeleteBagi saya sendiri dia patut terima pengajarannya. Benar kita bersalah namun cubalah merayu sedangkan mahkamah pun ada rayuan. Terlalu lancang kita berkata-kata, bagaimana pula dengan ibu bapa dan rakan serta orang disekeliling kita?
setuju sangat dengan komen shafique =)
ReplyDeletekj kunnnn~usop
ReplyDeletedah acap sangat guna perkataan bodoh lah tu... tak reti kat mana tak patut guna kan
ReplyDeletejgn jadi bodoh.. wat wat bodoh memang cun sangat - wan tenang
ReplyDeletehohoho siapa kata mencarut tu free kan? kan dh kne bayar RM50 sbb mencarut T.T
ReplyDelete