Aku dah semak nama aku semalam….Pasti!!! Nama aku ada…aku sudah tidak dibenarkan tinggal di KL lagi… mungkin hanya dibenarkan masuk KL, sebulan sekali je….bagi melepas rindu pada kawan-kawan heheh
Sedih?? Memang lah sedih!!! Mulai Isnin ini aku akan tinggal berhampiran dengan Ledang… Betul kawan baik aku kata…rezeki aku akan ada di luar KL…. Semakin aku cuba untuk minta kerja di KL, semakin jauh aku daripadanya…Mula-mula aku cuba, dapat Kajang…kemudian aku cuba, dapat Shah Alam…seterusnya Tanjung Malim…dan sekarang aku cuba, dapat Ledang pula….Jadi aku sudah hendak berhenti mencuba… Takut lepas ini dapat Sabah, Sarawak atau Luar Negara pula hehehe
Dimana rezeki kita, janji ia halal….dan pastikan anda minat dengan kerja anda…baru seronok untuk bekerja!!!
adakah puteri gunung ledang secantik dan semanis ini???
p/s: Kalau anda hendak tahu 91 individu yang dilarang masuk KL esok…silalah baca di akhbar… aku malas nak ulas pasal perhimpunan tu…habis rancangan aku hujung minggu rosak dan jalan raya semua sesak…
p/s/s: Kawan aku itu bertaruh dengan aku yang aku akan kahwin dengan orang johor dalam tempoh setahun dari sekarang…. Mulut dia terlalu masin!!!
haha....betul ke nama u ada? sian u...
ReplyDeletehaha.. igtkan tersenarai dlm 99 tu.. ;)
ReplyDeleteMy new post: Itu Awan.. Awan.. AwanBand!
coretan yg bagus.teruslah menulis
ReplyDeletedari bilapahatberbunyi-abghani