Monday, August 15, 2011

Aku menghilangkan diri!!!

Seminggu!!













Itu tempoh masa aku menghilangkan diri….senyap tanpa perkhabaran di blog…tanpa kemas kini… blog ini di biarkan sunyi…seperti Shahir yang membawa diri pulang ke kampong…tanpa sebarang cerita…







Ada orang kisah ke aku tidak update blog?? Hahah terperasan kejap diri ni macam Shahir! Bila merajuk pulang ke kampong, semua orang risau heheheh… Aku tidak merajuk, tapi aku ada bengkel selama seminggu di Pulau Pinang…. Tempat yang agak asing bagi aku….baru 2 kali je aku jejak kaki di pulau mutiara itu… Aku menginap di hotel yang menghadap laut, tapi sayang sekarang ini kan bulan puasa… jadi tak di galakkan berendam terlalu lama di dalam air…. Boleh makruh amalan puasa itu… Lagi pun aku tidak ada masa untuk bersiar-siar mengelilingi Pulau Pinang itu… Dari pagi, di bawa ke petang dan malam… aktiviti aku hanya membuat kertas kerja… Jadi maaflah kawan-kawan aku yang berada di Pulau Pinang kerana tidak dapat lepak bersama….mungkin lain kali k =)







p/s: Aku baru tahu, kawan aku kata kentut dalam air boleh batalkan puasa walaupun kentut itu tanpa bunyi…. Tapi kalau kentut di udara, sekuat dan sebusuk mana pun kentut itu ia tak pe…(Kalau salah tolong perbetulkan)


3 comments:

  1. kentut dlm air, air mungkin masuk

    tu yg leh batal..hehe

    ReplyDelete
  2. cikgu normah: makan sedap sebab duduk hotel heheh

    lea isnawi: tu la penerangan member juga, tapi macam kelakar je hehhe

    ReplyDelete