Seperti yang aku janjikan dalan entri ini, yang aku akan ceritakan kisah hantu yang aku alami di lebuh raya PLUS tempoh hari….
Masa kejadian,hari itu hari isnin…. aku terpaksa balik ke Melaka dari Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi…kerana ayah aku tidak benarkan aku memandu pada waktu malam sebelumnya…kerana aku rabun…tapi bagi aku sama je gelap pagi tue… aku masuk kerja pukul 8 pagi…. Jadi ada kira-kira 3 jam setengah untuk aku sampai… lagipun aku belum gosok baju kerja…maka aku kena sampai dalam pukul 7 pagi…sempat punya…jadi aku tak perlu tergesa-gesa…
Aku bertolak dari Kuala Lumpur selepas bersahur di rumah dengan keluarga aku… Sungguh nyaman pagi itu…aku tidak memasang aircond kerana terlalu sejuk… aku hanya membuka tingkap kereta… membenarkan udara luar masuk…. Seronoknya memandu pada pagi itu menyusuri jalan-jalan di kuala lumpur sehinggalah ke tol sungai besi…memang betullah orang kata..bandar raya kuala lumpur tidak pernah tidur… terang diterangi cahaya lampu…
Apabila aku melepasi tol sungai besi mengarah ke nilai…keadaan menjadi semakin gelap…kerana di lebuh raya mana ada lampu jalan…hanya diterangi lampu-lampu kereta sahaja…aku pun buka radio… mendengar lagu yang dimainkan… kalau tidak keadaan menjadi sunyi…dan boleh menyebabkan aku ngantuk… dan kebiasaannya aku jarang memandu seorang diri…aku biasa akan membawa teman sebagai teman borak… dan disebabkan pagi itu hanya aku seorang je…aku pun mengeluarkan telefon dan mesej je sesiapa yang aku nak mesej…tapi hampa, tiada yang membalas…mungkin belum bangun lagi kot….
Aku semakin jauh meninggalkan KL…jalan raya semakin gelap…kadang-kadang diterangi lampu kereta yang memotong kereta aku…dan kemudian menjadi gelap dan sunyi sepi kembali…aku terus melayan lagu yang berkumandang…. Dan Tiba-tiba….suara di radio menjadi rosak…putus-putus dan hilang… aku terkejut…meremang bulu di tengkuk aku…aku terus tekan butang menaikkan tingkap…dan memandu dengan lebih laju lagi….keadaan di dalam kereta sunyi hanya terdengar bunyi deruman enjin sahaja…
“Ish ni lebuh raya plus, bukan karak”, bisik aku bagi menyedapkan hati…
Aku cuba jelling dengan ekor mata ke tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang…. Gelap!!! Dan tiba-tiba ada sebuah kereta memotong kereta aku…memandu agak laju dan merbahaya… aku kekirikan sikit kereta member laluan….tapi dari lampu kereta itu, aku dapat lihat keadaan tempat duduk belakang kereta aku… Aku menjerit!!! Teddy Bear pemberian kak ila sempena perpisahan aku dulu…yang aku letak di tempat duduk belakang sudah tiada…aku menjadi takut…sejuk!!!
Aku terus memandu tanpa pandang ke belakang…mata aku terpaku kehadapan…seram juga hendak toleh ke sebelah kiri....dan aku cuba memegang brek tangan dan main punatnya….bagi menghasilkan bunyi bising….tapi aku terpegang sesuatu benda yang berbulu..aku merabanya perlahan-lahan dan mengangkatnya…. Ohhh teddy bear ku….jatuh rupanya tadi…
“hantu punya orang, habis teddy bear aku jatuh” marah aku pada pemandu kereta tadi yang memandu laju sambil menekan punat radio untuk mencari siaran radio sebab frekuensinya sudah beralih hehehe
laki pun ada teddy bear gak erk hehehe
ReplyDeletekan dah kata pemberian orang...kalau nak beli sendiri...xde nya hahaha...orang dah beri x kan nak tolak pula..
ReplyDeleteIt’s a good
ReplyDelete. I appreciated your work and knowledge. Thank for this. Website Designing and Development Company Ahmedabad
F**k
ReplyDeletehaha.. plik gak ade hntu pepagi buta.. peace yo!!!
ReplyDelete