Puasa tahun ini, aku mengalami pengalaman berbuka puasa di dalam kereta….kerana terperangkap di dalam kesesakan jalan raya… di jalan tun razak hehe…Pada mulanya, aku rasa sempat je untuk sampai ke rumah, tapi akhirnya terperangkap juga…. Gigih aku pasang radio, untuk dengar laporan terkini kesesakan jalan raya… masuk jalan tu, keluar jalan ni… akhirnya terperangkap juga… aku terlewat 10 minit untuk berbuka di rumah… dapat la aku merasa pengalaman berbuka dalam kereta itu… nasib baik ada beli air awal-awal…sebab bagus berbuka di awal waktu… hehe sebelum minum tu…sempat jelling-jeling orang sebelah…tengok ada yang dah berbuka ke?? Hehe radio pula tak pasang pula azan..
Tapi tahun ini, bukan saja berbuka puasa dalam kereta…tapi aku merasa juga bersahur dalam kereta… alkisahnya, aku nak balik johor pada malam ahad selepas berbuka puasa di rumah…tapi ayah aku tidak benarkan kerana dia tahu aku rabun… walaupun aku biasa je memandu waktu malam-malam heheh tapi disebabkan ayah aku tidak benarkan, dan aku anak yang baik…maka aku menuruti lah kata ayah aku itu… Aku balik pagi esoknya… hari isnin….Tapi disebabkan aku masuk kerja pukul 8 pagi, dan baju kerja kat kampong tidak bergosok lagi… maka terpaksalah aku gerak pukul 4 pagi dari kuala lumpur… tapi sebelum gerak tu, aku dah siap sahur di rumah hehe… Cuma dalam kereta aku bawa makanan ringan dan air saje….sebab kan bagus melewatkan waktu bersahur…heheh… Seronok memandu pada pukul 4 pagi…sejuk dan tidak banyak kereta….ramai juga kawan yang aku mesej pagi itu…bukan sebab aku takut… tapi aku kejut mereka bersahur hahhaha…selepas minum air yang banyak pada waktu pagi yang sejuk, aku terpaksa berhenti hampir di setiap perhentian rehat untuk membuang air…huhu
p/s: Siapa kata bulan ramadhan tiada hantu?? Aku mengalaminya kat lebuh raya pada pagi itu.. tunggu kisah hantu di entri seterusnya…
nak baca kisah hantu...tu
ReplyDelete