Saturday, August 6, 2011

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN : Perkampungan orang asli Kuala Masai

Aku masih ingat lagi, 3 tahun lepas…aku menyertai program khidmat bakti perkampungan orang asli Kuala masai, anjuran kelab penyayang UTM dengan kerjasama Jakim…Program itu berlangsung selama 3 hari dalam bulan Ogos…tetapi perancangannya mengambil masa yang lama…sampai adakalanya pengarah programnya, Ehsan hampir mengalah…. Namun ia Berjaya dilaksanakannya dengan cemerlang.. Tahniah pasukan yang terlibat!!!




Salah satu aturcara dalam program khidmat bakti itu ialah latihan dalam kumpulan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika ke bawah.. Semasa aktiviti latihan dalam kumpulan, penduduk orang asli di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibimbing oleh fasilitator… Mereka diminta untuk membuat bendera Malaysia, Jalur Gemilang dengan menggunakan teknik Kolaj…Mereka sungguh semangat dan teruja!!! Pelbagai gelagat yang kelakar dan menghiburkan….sampai ketua kampong (aku lupa panggilannya dalam orang asli)..turut menyertainya…heehe… Aku diberi kuasa untuk menilai hasil kolaj itu….Tetapi ada juga yang aku perasan, ada yang terbuat silap, lupa atau tidak sedar sama ada jalur pertama warna merah atau putih…(anda cuba teka tanpa tengok mana-mana jalur gemilang terlebih dahulu..jika tepat, anda memang rakyat Malaysia sejati hehe)… dan ramai beranggapan warna biru dekat jalur gemilang adalah sampai jalur ke 7 (anggapan salah : 14 jalur di bahagikan 2)…tetapi sebenarnya warna biru adalah sampai jalur ke 8… mesti ada yang cepat-cepat cari jalur gemilang ni hahah



Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak sekolah dilakukan pada keesokan paginya….Pada mulanya aku sangka, ia hanya melibatkan anak-anak orang asli sahaja….tetapi rupanya turut disertai oleh kanak-kanak dari sekolah tadika berhampiran… sampai terfikir dalam hati aku ketika itu…


“Camtu kalah lah anak-anak orang asli ni…”



Aku bukan memandang rendah pada kanak-kanak orang asli ini…tetapi mereka tidak dapat pendedahan secara formal…tidak tahu mewarna dan menulis…dan yang teruknya tidak ada pensel warna…. Tapi itu bukan menjadi halangan kepada mereka, pensel warna yang kami bawa… kami bagi mereka kongsi bersama-sama… yang kelakarnya…gambar orang cina, india, dan melayu…semua diwarnakan dengan satu warna… coklat hehe.. kalau aku jadi juri, aku bagi menang kanak-kanak orang asli ni…sebab maksud tersirat dari warna itu ialah…kita semua serupa, tidak ada jurang perbezaan… 1 malaysia hehehe..


Go william....antara anak orang asli yang rapat dengan aku



Pengalaman ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila




aku dan anak orang asli...Sampai ada yang kata kami macam adik beradik...sabar je lah





p/s: Syukur hidup dalam Negara yang aman…


p/s/s: Geng-geng kelab, bila lagi nak buat aktiviti macam ni???

3 comments: