Pagi tadi ada pemeriksaan kesihatan kat tempat kerja aku… percuma je…aku kalau benda-benda percuma ni aku suka la….aku pun dengan suka hatinya pergilah ke bilik seminar dimana tempat berlakunya pemeriksaan kesihatan percuma itu…. Aku hanya pergi check tekanan darah dan BMI aku je…. Sebab aku baru je masuk kerja ni, jadi aku baru je buat pemeriksaan kesihatan sebelum ini…
Aku pun mengisi borang dan jururawat bertugas membuat pemeriksaan tekanan darah ke atas aku… sambil-sambil menunggu keputusan itu, dia pun berborak dengan aku…aku yang peramah ini pun melayan je lah…dan bila result keluar, dia terkejut…
Jururawat: eh bacaan tekanan awak tinggi lah untuk orang muda macam awak…160 tu…awak tertekan ke??
Aku: Kerja kerajaan tertekan ke nurse???
Jururawat: Habis tu kenapa tinggi sangat???
Aku: saya nervous, jururawat asyik pegang tangan saya tadi…
Jururawat: Ish awak ni…saya dah sebaya dengan emak awak
Aku: (hanya ketawa melayan jururawat itu..hahhah)
Kemudian aku diminta berdiri untuk diukur tinggi dan berat….Apabila aku naik je penimbang, berderet kawan aku baca bacaan penimbang….kurang asam!!! Tahulah aku ni berat… Selepas dikira BMI aku, aku kena ceramah dengan jururawat itu tadi…. Awak kena turunkan berat badan ini…awak sipi-sipi je nak obesiti ni… nanti dapat penyakit…susah. aku membalas:
Aku: Nurse ada anak dara tak??
Jururawat: ada. Kenapa??
Aku: Ok mak, saya akan ikut nasihat emak…baru sekarang saya semangat nak kurus ni haha
Jururawat: (jururawat tu layan je perangai aku ni hahah)
haha..hidup jgn tertekan sangat
ReplyDeleteahaha..sangat sempoi...
ReplyDeletekalu cik ila jd nurse tu...dgr org kate cmtu...cik ila buat muka x layan je..larat la sgt nk melayan..haha
ReplyDeleteslm perkenalan..jumpe kt innit td.. ;)
terbaik ahh..seb bek nurse tu bkn anak dara..kang laen plk jadinya..hahaha
ReplyDeletehaha...memang sporting la engkau nih..lawak lak tuh..
ReplyDelete