Wednesday, September 7, 2011

Jangan kata jangan!!!

Itulah sikap masyarakat kita, kalau di kata jangan/ melarang….lagilah di buat benda itu… aku pun sama juga, emak aku kata jangan panjat pokok, aku lagi suka panjat pokok…emak aku kata, jangan keluar malam, nanti ada hantu… aku tetap keluar malam, dan aku pulak jadi hantu hahah..



Kalau tak percaya, cuba korang pergi kat mana-mana papan tanda yang tulis jangan buang sampah disini… mesti korang akan jumpa, berbungkus-bungkus sampah tersusun rapi di bawahnya… pergi juga kawasan yang ada tulis jangan merokok…pasti akan ada juga orang yang merokok… Jangan main mercun, tetap ada juga yang main mercun….Kenapa jadi begitu?? Kalau aku lah, aku buat perkara yang dilarang kerana rasa keseronakan membuat perkara itu dan terlepas daripada terkena apa-apa…tapi tu dulu la….sekarang dah insaf heheh




Dan semasa aku beraya di kampong nenek aku baru-baru ini, aku terjumpa amaran ini…

Rasa-rasanya apa yang aku buat???


Aku ambil gambar lah…sebab tu ada gambar ni hahha… aku pijak-pijak, aku cangkung kat situ…tak meletop pun heheheh


Jadi jangan kata JANGAN, nanti lagi orang buat!!!


p/s(i): Tidak ada maknanya amaran jangan itu, jika tiada perlaksanaan hukuman / denda itu.


p/s(ii): Apalah sangat peraturan manusia itu, jika peraturan tuhan pun berani tidak di ikut…

No comments:

Post a Comment