Tuesday, October 4, 2011

Aku pun pernah jumpa lembaga juga!!!

Kecoh dalam surat khabar hari ini…

Seorang pelajar dari Tumpat menjerit ketakutan dan pengsan sebaik melihat satu lembaga besar memerhatikannya ketika di dalam dewan peperiksaan.

Aku pun dulu sudah pernah kena…ketika aku menduduki peperiksaan SPM….saja malas aku nak kecoh-kecoh satu Malaysia…masuk surat khabar semua… malas aku nak popular heheh....

Hal ini terjadi ketika aku hendak menduduki kertas Matematik Tambahan….Subjek yang ramai orang tidak suka dan susah…. Aku mula menjawab dengan tenang, buka helaian kertas soalan….melihat satu per satu soalan… mengambil pen dah mula menconteng di atas kertas jawapan….

Beberapa minit kemudian, aku mula rasa tidak sedap hati….aku mula berpeluh-peluh…aku merasakan ada sesuatu yang sentiasa memerhatikan aku sejak dari mula peperiksaan tadi….

“Ah itu hanya mainan perasaan aku saja”

Aku cuba untuk menenangkan perasaan aku ini….semakin aku cuba tenang, semakin gelisah rasanya…. Aku merasakan ada seperti lembaga yang merenung aku dengan tajam dan semakin menghampiri aku… aku takut!!!

Aku perhatikan sekeliling aku, sudah ramai kawan-kawan aku yang pengsan….ada yang hanya tunduk kepala memandang kertas jawapan saja….mungkin takut memandang ke arah lembaga itu….

Lembaga itu semakin menghampiri tempat aku….dan tiba-tiba

“Ok, anda hanya tinggal 5 minit saja lagi” kata ketua pengawas lembaga peperiksaan yang menjaga dewan itu…

Kawan-kawan aku yang pengsan atau tidur sebentar tadi pun bangun….mungkin sebab soalannya susah…dan masa banyak lagi..mereka pun tidur… aku semakin berpeluh…cuba ‘goreng’ apa yang patut..hehhe

Aku bersyukur kerana dapat dipulihkan dan dapat menjawab soalan matematik tambahan itu!!! heheh

p/s: Bila malam, ayah suruh ulang kaji pelajaran…tetapi asyik tengok cerita hantu dan lembaga hitam saja…macam mana tak lembaga hitam je difikirkan ketika menjawab soalan peperiksaan heheh

p/s(ii): Selamat menduduki PMR, semoga Berjaya!!

No comments:

Post a Comment