Aku ada seorang kawan ini….perempuan….Dulu, bila aku hendak ajak dia keluar, pergi jalan-jalan ke….dia mesti akan cakap…
“Bagi aku 5 minit, nak bersiap”
Tapi yang pasti, aku kena tunggu dia 50 minit….biasalah perempuan….banyak benda nak di buat sebelum keluar… hendak mekap semua bagai…eh silap, hendak kemas rumah, basuh baju, memasak sebenarnya sebelum keluar rumah hehehe
Tapi sekarang, bila aku ajak dia keluar….dia sudah tidak sebut lagi…Beri dia 5 minit…TAPI…
“Bagi aku 6 minit, nak bersiap”
Ni mesti gara-gara 6 minit, Bahrain mampu sumbatkan 3 gol lawan Malaysia….
Dia kata, dengan 6 minit, Bahrain mampu buat 3 gol, jadi dia guna semangat 6 minit itu untuk bersiap la heheh…
Dulu jika aku hanya perlu menunggu dia 50 minit sahaja, sekarang aku kena tunggu dia 60 minit pula…10 minit masa tambahan….ni semua sebab dia sudah mula memakai tudung ala-ala yuna….ambil masa lebih sikit untuk melilitnya….
hahaha. cm gitu la ker?
ReplyDeletenasib baek aku bukan cm kwn pompuan o tu