Wednesday, November 30, 2011

Malaysia patut ikut!!!

Iklan!!!

Aku ni jarang terpengaruh dengan iklan, walaupun ramai yang kata iklan ni mampu menarik pembeli… tapi bagi aku TIDAK!!!….Selalunya iklan mesti banyak disiarkan, semasa tayangan drama-drama yang best di TV…Mengganggu tumpuan je…walaupun satu-satu iklan itu tidak sampai seminit…tapi bila setiap kali iklan, hampir 10 iklan disiarkan…..selalunya, apabila iklan disiarkan, aku akan cepat-cepat lari ke tandas…. Bagi menunaikan segala hajat yang aku simpan atau pun aku akan lari ke dapur, mencari hidangan bagi memenuhi perut aku semasa menonton nanti….Kebiasaannya, aku hanya akan terpengaruh dengan iklan KFC je…hahah… Kalau ada iklan hidangan KFC yang terbaru, aku pasti hendak mencubanya heheh

Dan yang terbaru, China akan melarang siar iklan ketika tayangan drama…Sudah pasti penduduk China amat mengalu-alukan cadangan itu…dan sepatutnya menjadi contoh kepada Malaysia juga. Kalau nak iklan pun, jangan lah banyak sangat iklan pada drama-drama yang best heheh….sekarang ni drama “tentang Dhia” kat TV3 sangat best…Iklan lah banyak-banyak waktu azan maghrib tu…boleh aku tunaikan solat maghrib dulu pada waktu tu hehehe..Setuju tak??

p/s: Nasib baik la, semasa perlawanan bola berlangsung, tiada iklan!!!

No comments:

Post a Comment