Bayangkan sekarang ini anda sudah berumur 60 tahun….anda sedang bersiap-siap hendak pergi kerja…
“Atuk hendak pergi mana tu??”, tanya si cucu
“Atuk hendak pergi kerja ni cu”, balas si atuk sambil tersenyum menampakan barisan gigi yang sudah lopong..
“Awal lagi ni tok, baru pukul berapa ni??”, tanyanya lagi
“Atuk terpaksa pergi awal, atuk dah rabun, bawa kereta pun 40 km/j je….masa muda-muda boleh la 5 minit je atuk pandu pergi kerja…sekarang ini ambil masa sejam… Nak keluar parking depan rumah ni pun dah ambil masa 30 minit…Cu, atuk pergi kerja dulu eh, nanti terlambat pula…”
“Okay atuk, bawa kereta elok-elok’, sambil salam tangan atuk..
Atuk pun berjalan menuju ke kereta TAPI
“Atuk”, jerit si cucu sambil berlari ke arah atuknya
“Kenapa??”, balas si atuk sambil mengurut dadanya…terkejut mendengar jeritan cucunya..nasib baik tidak kena serangan jantung tadi…
“Ni beg atuk…atuk tersalah bawa beg sekolah saya pula”
Ini mungkin antara babak yang akan terjadi pada suatu hari nanti…Mula-mula aku risau juga hendak menandatangani dokumen untuk bersara pada umur 60 tahun… Yela mungkin pada waktu tu cucu,anak dan bini sudah ramai ke?? Hehe…Masa itu lah hendak meluangkan masa bersama… Lagipun, aku takut tidak dapat merasa duit pencen itu… Yela, zaman sekarang ini, jarang orang boleh hidup melepasi umur 60 tahun…pelbagai penyakit pelik-pelik dihidapinya… dan dalam surat khabar hari ini, ada disiarkan artikel mengenai purata jangka hayat untuk lelaki dan wanita di Malaysia… Jangka hayat lelaki ialah 71.9 tahun dan wanita ialah 77 tahun… jadi aku ada masa sebelas tahun selepas bersara pada umur 60 tahun heheh..terus aku tanda tangan surat bersara 60 tahun tu hahha… Tahukah anda kenapa purata jangka hayat wanita lebih lama daripada lelaki?? Sebab wanita selalu meluahkan perasaan mereka atau dalam bahasa kampungnya disebut berleter.. jadi mereka tidak pendam apa-apa perasaan dan mereka tidak mengalami tekanan.. manakala lelaki adalah sebaliknya, dimana lelaki lebih banyak mendiamkan diri…dan sentiasa mendengar sahaja leteran si isteri…jadi mereka menerima tekanan yang serius heheh…
p/s: Jangan lupa, kematian tidak mengenal usia =)
makan ulam dari sekarang, makan tongkat Ali supaya nanti tak yah bertongkat... jangan risau, 60 waktu itu seperti 40 waktu sekarang :)
ReplyDeletei dont want to be like that..i want to retire early.....eeee seramnyer..i can imagine my cucu nanti bertanya "nenek, nak pergi kerja ker nek..jangan lupa ubat2 sebakul tu yang nenek kena bawak".....haha
ReplyDeletehttp://ratnasulaiman.blogspot.com/
xpe klau da xlrt leh bersara awl kan..amik j 60thn...nti time 55 mintakla surat dari doktor kt kita dh xlrt nak keje..ape2 pn moga2 dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T
ReplyDelete