Yeah….Aku Cuti sakan minggu depan…. Aku cuti seminggu dari Krismas sampai tahun baru hehehe…
Tapi aku baru je mohon cuti tadi….belum tahu lulus atau tidak….harap bos besar luluskanlah hehehe
Tadi, aku isilah borang cuti dengan semangatnya, dan semasa aku ingin mendapatkan sokongan daripada ketua jabatan… hati aku berdebar-debar…berombak…tapi bukan ombak rindu heheh….adakah cuti aku akan disokong??... Aku pun pergi ke bilik ketua-jabatan aku…. Aku intai dari cermin biliknya….Yes, Ketua Jabatan ada dalam bilik… aku menghampiri ke pintu biliknya… aku pun mengetuk…
TOK TOK TOK
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam, ye hendak apa?”
“Saya hendak cuti”, sambil aku menghulurkan borang cuti aku.
“Kenapa hendak cuti 4 hari?? Ramai pekerja cuti pada 4 hari itu”, balasnya sambil meneliti borang cuti aku…
“Sebab saya hendak mengelakkan kesesakan di Pintu masuk Melaka,tol Ayer Keroh. Biasanya Krismas dan Tahun baru, mesti sesak kat tol tu”, kata aku dengan selamba…
Ketua Jambatan aku hanya ketawa sahaja, sambil menurunkan tanda tangan menyokong borang cuti aku. Mungkin dia tidak sangka jawapan itu yang akan terkeluar daripada mulut aku…Tak kan aku hendak bagi alasan….
“Nak buat persiapan untuk anak masuk sekolah”…. HAHA.. anak tekak dan anak mata je aku ada sekarang ini…HEHHE
Sekarang hanya tinggal persetujuan bos besar aku je…Lepas tu aku BERCUTI!!!!!
selamat bercuti!!!
ReplyDeleteselamat bercuti....and happy new year
ReplyDeletebagus punya alasan..haha
ReplyDeleteselamat bercuti kj jun...takpe coming soon mesti dah ada anak :))))
ReplyDelete