Pendeknya tajuk entri aku kali ini…satu patah perkataan sahaja…Tapi mempunyai makna yang sangat besar…IBU..ni ibu yang juga dipanggil emak tau…bukan ibu ayam, ibu jari mahupun ibu kota.
Dulu, aku pernah dengar satu teka-teki ini….
”Bila dihadapan kita sayang, tapi bila dibelakang kita makan”..
Jawapannya IBU….bila dihadapan kita eja I.B.U….bila dibelakang, U.B.I hehehe….
Entri ini tercipta sebab aku terbaca satu keratan akhbar hari ini, dimana seorang ibu merayu anaknya pulang….aku ulang taip lagi sekali…seorang ibu MERAYU 6 orang anaknya pulang….hurm..betul kata orang dulu-dulu…seorang ibu boleh menjaga anak yang ramai, tapi tidak semestinya anak yang ramai itu boleh menjaga seorang ibu….
Bila kali terakhir anda memeluk dan mencium ibu anda???
Hurm…mungkin ramai yang tak pernah peluk atau cium ibu mereka…kononnya segan…tapi tidak segan pula peluk teman mereka di khalayak ramai….Okay-okay, aku tukar soalan…
Bila kali terakhir anda jumpa dan melihat ibu anda??
Hurm…mungkin ramai juga yang sudah lama tidak menjenguk ibu dan bapanya di kampong…. Macam-macam alasan yang diberi…sibuk..tiada masa dan sebagainya….Okay-okay aku tukar lagi soalan…
Bila kali terakhir anda menghubungi ibu bapa anda…bertanya khabar dan mendengar suara mereka???
Hurm…masih lagi beralasan??? Kredit tiada??
Aku tidak tahu hendak cakap apa lagi jika anda masih beralasan… ibu bapa anda mungkin masih hidup lagi…jadi anda tidak rasa kesunyian dan kerinduan itu…cuba lah anda mendampingi anak-anak yatim, sebab dulu masa aku belajar…aku selalu bersama mereka…mereka selalu kata, mereka rindu pada ibu bapa mereka…mereka berharap di beri peluang walaupun sekali…untuk memeluk ibu bapa mereka… Jadi, kita yang masih mempunyai ibu bapa…peluk lah,hubungilah dan katakan sayang pada mereka… jangan tunggu sehingga hari esok… mungkin hari esok sudah tiada
p/s (i): Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.
p/s (ii): Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ibu-ibu kami.
Hayatilah lagu ini:-
p/s (ii): Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ibu-ibu kami.
Hayatilah lagu ini:-
kj : sebak baca entry u buat first time ni....
ReplyDeleteI.B.U...seorang wanita cekal yang banyak berjasa untuk kita dari kita kecil hngga kita besar..dr kita belum kawin hingga kita dah kawin ibu tetap kita perlukan....hargailah ibu selagi hayat dikandung badan...
ReplyDelete