Hari ini, seperti biasa…selepas solat subuh, aku terus membuka TV…tak kan hendak tidur balik…nanti rezeki lari la…..maklum lah masih dalam mood bercuti…ini lah kesannya kalau bercuti pada waktu orang lain sedang bekerja…jadi kena duduk rumah saja lah… tiada rakan hendak diajak lepak..
Aku membuka TV3,..ow ada rancangan Malaysia Hari Ini (MHI)….aku perhatikan ada 5 orang pengacara.. selalu paling ramai 3 orang je…rupanya hari ini, di buat imbasan MHI sepanjang tahun 2011.. kira hari ini, hari terakhir MHI bersiaran untuk tahun 2011…
Aku bersarapan sambil menonton MHI, dan telinga aku tertangkap kata-kata Ally Iskandar yang mengatakan hari ini adalah hari terakhir Wardina dan Abby bersiaran dalam MHI…Kiranya tahun depan, atau isnin depan tiada lagi wajah Wardina dan Abby dalam MHI…Aku terasa sedih juga…sebab aku suka kedua-duanya dalam mengacarakan MHI….bagi aku semua pengacara MHI sekarang sangat bagus….ada keserasian antara mereka… aku rasa, aku hanya tengok MHI saja…..untuk jenis program seperti itu… kerana mereka tidak terlalu ikut skrip tapi masih lancar percakapan mereka dan mudah di fahami….
Dan semalam aku ada memberitahu kawan aku…
“Wardina hari ini sangat cantik lah, kenapa aku tidak pernah sedar”
“Wardina memang cantik lah”
“Tapi hari ini, dia sangat cantik lah”
“Ala, aku tahu kenapa kau kata wardina hari ini sangat cantik”
“Kenapa??”
“Sebab dia pakai baju yang ada warna merah dan hitam kan?? Itukan warna kegemaran kau”
“A’ah lah”
merah dan hitam...hmmm in psychology kalau u tahu teknik art therapy u akan learn tntg pengaruh warna dalam khidupan kamu :)benda yg selalunya nampak x cantik tp bila kena dgn warna kegemaran kamu maka secara tidak langsung dia akan kelihatan cantik di mata kamu :))
ReplyDelete