Pada suatu petang….Di dalam sebuah rumah budak-budak bujang….
“Hello…Hello”, kedengaran nada suara Ahmad yang agak kuat dari dapur untuk menjawab panggilan telefon… sehingga kedengaran sampai ruang tamu..
“Ali, apasal Ahmad tu?? Terjerit-jerit kat dapur tu???”, tanya afiq pada Ali…
“Biasalah…line tak clear kat area rumah kita ni”
“Ish macam cakap dengan batu pula…terjerit-jerit!! Marah jiran kita nanti”
“Eh memang dia tengah cakap dengan batu la tu….lesung batu”
“ERK….”
Telefon lesung batu??? Eh itu bukan inovasi telefon terkini la…bukan juga telefon dwifungsi…yang mana boleh telefon dan tumbuk masakan sekali…HAHA..tetapi ada mangsa yang telah kena tipu ketika hendak membeli telefon secara dalam talian…dia bercadang hendak membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian tetapi terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, lebih menyakitkan hatinya ialah tulisan RM14.50 masih ada pada lesung batu berkenaan… Hahah..
Apa la orang yang hantar lesung batu tu…patutnya cabut la harga tu dulu…macam aku selalu bagi hadiah kahwin pada kawan-kawan aku tu…aku akan pastikan harga pada hadiah itu sudah di cabut terlebih dahulu…bukan sebab hadiah aku tu murah dan takut kawan aku tu tahu harganya….tapi aku ikhlas bagi dan taknak mereka terhutang budi dan bayar kembali hahahah
Mangsa yang telah kena tipu itu telah membuat pembelian selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900. Dia gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.
Aku tidak pernah percaya pembelian secara talian…iaitu membeli melalui internetlah…tapi kalau untuk bercinta secara online….mungkin aku percaya hahahha…..kawan aku selalu membeli barang melalui internet…kasut, kek aiskrim, jam dan pelbagai lagi…..setakat ini aku tengok, kawan aku tidak pernah kena tipu lagi…tapi aku tetap takut hendak shopping dalam internet…lagipun tidak puas la..kalau tidak cuba sendiri dan melihat dengan mata kasar aku ni sebelum membeli.
p/s(i): Telefon budak-budak zaman sekarang semua canggih-canggih, sampai aku segan hendak keluarkan telefon aku depan mereka…huhuhu
p/s(i): Telefon budak-budak zaman sekarang semua canggih-canggih, sampai aku segan hendak keluarkan telefon aku depan mereka…huhuhu
p/s(ii): Aku selalu kena sindir dengan kawan-kawan aku sebab masih lagi tidak pakai telefon pintar….syukur je apa yang ada =)
Syukur Denngan Apa Yang Ada, Yang Penting, Kite Menggunakan Sepenuhnya Apa Yang Ada Kat Telefon Tuh...Klu Pkai Smartphone Sekadar Untuk Call Dan SMS, Cam Membazir La Plak Kan...hehehe....
ReplyDeleteKite Pown Pkai Symbian Jerks, Blom Masuk Group Android Lagik...