(Jam 4.00 petang…di Shopping Complex Family Store, Jasin)
Aku menemani makcik aku untuk membeli-belah tadi…. Makcik aku kata kita mesti pergi membeli-belah hari ini, kalau tidak minggu depan mesti sesak atau shopping complex tutup…Maklum lah cuti sempena sambutan tahun baru cina… Semasa di Famili store:-
“Angah, apa jenama sabun baju salleh yaakob tu??”
“Bonux, kalau tak silap..Kenapa makteh???”
“Makteh nak beli la…”
“Eh sebelum ni kan makteh pakai yang lain”
“Yelah, makteh nak pakai bonux pulak….wangi”
“Macam mana makteh tahu wangi?? Pernah cuba ke??? Ke jiran sebelah rumah kita pakai??”
“Tak adalah…makteh tengok dalam iklan…salleh yaakob kata wangi”
“Erk!!!!”
Kuatnya pengaruh iklan pada makcik aku…..Kalau Salleh Yaakob ajak kaum lelaki berpoligami…makcik aku akan beri ke?? HAHAH
Selepas sampai ke rumah….penat punggah barang yang di beli keluar dari kereta ke dalam rumah… aku dengan makcik aku lepak di ruang tamu sambil tengok TV…Tiba-tiba kat TV menyiarkan iklan jualan baju. Makcik aku pandang aku…cepat-cepat aku pandang tempat lain…Takut tetiba makcik aku ajak pergi beli baju pula hahaha
itulah sbbnya syarikat2 sanggup mengiklan produk mereka walaupn terpaksa mengeluarkan budget yang besar krn pulangannya dan pengaruhnya juga amat besar.....
ReplyDelete