Thursday, February 16, 2012

Anda sanggup pulangkan??

Itu bukan anda punya!!!

Jadi anda tidak berhak memilikinya!!!

Pulangkanlah!!!

Adakah anda sanggup untuk memulangkan sesuatu yang bukan anda punya terutamanya benda itu mempunyai nilai seperti emas dan wang??Tentunya tidak kan!!!

Aku tabik spring…Toink! Toink! Pada pasangan suami isteri dari Kampung Awat-Awat Lawas, Sarawak kerana mereka jujur dengan memulangkan lebihan Rm 500 wang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M). Aku yakin kebanyakan orang akan mendiamkan diri saja jika mendapat duit lebih, tetapi kalau dapat duit kurang akan bising melenting…betul tak? Aku pun rasa diri aku macam itu…. Yelah, aku lihat ramai yang tiba-tiba mengaku pendapatan kurang Rm 3000, mengaku ada tangungan walaupun tinggal seorang diri dan macam-macam lagi asalkan permohonan mereka lulus… Cuba contohi pasangan suami isteri itu, mereka berpendapat jika mereka memulangkan lebihan wang itu…ada individu lain akan turut sama menikmati bantuan berkenaan. Jadi kalau mereka ambil wang itu, mereka sebenarnya telah mengambil hak orang lain…Aku tengah cuba untuk menjadi jujur seperti pasangan itu, walaupun sebenarnya benda yang jujur itu pahit!!!

p/s(i): Biarlah miskin di dunia, asalkan kaya di akhirat…

p/s(ii): Pernah terfikir untuk mengajak adik aku untuk tinggal bersama dengan aku…dan mohon bantuan itu…yela, orang kata kalau dapat, itu rezeki….bila sudah dapat bantuan tu, hantar lah adik aku pulang ke rumah ayah aku hehe…..tapi itu sebenarnya salah, okay!!!

p/s(iii): Kadang-kadang kelakar juga bila aku dengar ada orang kata kalau dapat duit haram, jangan lah buat makan…buat lah beli barangan seperti pakaian…duit untuk makan gunalah dari sumber yang halal, jadi nanti tidak adalah duit haram menjadi darah daging kita…. Kalau dah haram, tetap haram!!!

No comments:

Post a Comment