Saturday, February 25, 2012

Berhati-hati ketika hendak pergi kerja…

Waktu hendak pergi kerja dan pulang kerja lah, waktu di mana kes kemalangan banyak berlaku… Semasa hendak pergi kerja, kita terkejar-kejar waktu thumbprint, punchcard dan sebagainya.. sebab itu bawa kenderaan dengan laju dan tidak berhati-hati….Semasa pulang dari kerja pula, kemalangan kerap berlaku kerana kita kepenatan…dan kurang tumpuan terhadap pemanduan…jadi amat bahaya… bagi mengelakkan kemalangan berlaku, maka diambil la masa untuk tidur sekejap di lampu isyarat ketika warna merah hahah…sebab tu la, sekarang ni banyak berita mengenai orang tertidur dalam kereta heheh

Statistik terbaru menunjukkan kes kemalangan pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja menunjukkan peningkatan sebanyak 2,773 kes atau 12.58 peratus daripada 22,036 kes pada tahun 2010 kepada 24,809 kes tahun lalu..

Berdasarkan kajian itu juga, lelaki menyumbang kepada 80 peratus daripada jumlah kemalangan pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja pada kadar nisbah empat lelaki bersamaan seorang wanita, Tapi menurut kawan aku,

“Perempuanlah yang menyebabkan lelaki kemalangan”

“Kenapa pula??”

“Mereka pandu kenderaan dengan terlalu berhati-hati, bawa terlalu perlahan”


Hahaha…tetapi apa yang pasti kat tempat aku kerja ni, banyak kereta belajar memandu waktu pagi… seawal 7 pagi sudah belajar memandu?? Harap mereka lulus cemerlanglah heheh

p/s(i): Aku pernah hendak pergi kerja, lihat sekujur tubuh baring di tengah jalan… ingat lah orang tersayang, bila hendak pergi kerja di hantar dengan senyuman, bila pulang di iringi dengan tangisan…

p/s(ii): Setiap pengguna jalan raya harus lah berhati-hati, walaupun kita berhati-hati, tetapi orang lain lalai… kemalangan tetap berlaku!!! Maka, itulah tanggungjawab bersama… Tidak kah anda rasa bersalah, dengan kecuaian anda, menyebabkan kematian orang lain??

No comments:

Post a Comment