Thursday, February 23, 2012

Biarkan anak anda baca komik…..

Aku masih ingat lagi….semasa aku masih bersekolah rendah… Aku suka baca komik dan majalah-majalah kartun…tetapi emak aku selalu marah… kerana aku ada je masa untuk baca komik, tapi kalau baca buku pelajaran…masa bagaikan mencemburui aku…



Tetapi kalau anda tahu koleksi komik boleh dilelong lebih RM 6.06 juta, pasti anda akan menggalakkan anak anda membaca dan mengumpul komik hehehhe. Itulah yang berlaku di Amerika Syarikat, Michael Rorrer telah menemui 345 naskah komik simpanan bapa saudaranya, Billy Wright semasa membersihkan rumah ibu saudaranya. Antara naskhah komik yang dikumpulkan itu ialah Action Comics No. 1 yang menampilkan kemunculan pertama Superman, Detectives Comics No.27 yang menampilkan Batman buat kali pertama dan Captain America No.2 yang menampilkan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler…

Aku rasa agak menyesal, walaupun masa aku kecil, aku suka baca komik, tetapi aku tidak pernah mengumpulnya….bukan bermakna aku beli komik tu, baca dan hilang… Tetapi aku selalu baca free kat kedai buku hahah Setiap bulan je, aku akan beritahu ibu aku:-

“Ibu, angah hendak pergi kedai buku ni”

“Bagusnya anak emak seorang ni…setiap bulan pergi kedai buku”

p/s(i): Aku selalu baca buku sejarah sebelum tidur…. Orang kata kalau baca buku sebelum dan selepas tidur, senang ingat…tapi bagi aku, buku sejarah itu lah ubat tidur aku hahah

p/s(ii): Berhati-hatilah dengan komik yang anda baca atau anak-anak anda baca..Pastikan anda baca dulu, sebelum anak anda baca. Aku pernah terkena, komik pasal adegan lucah je walaupun tajuk tiada kaitan.. Tapi habis juga lah aku baca komik tu hahaha

1 comment:

  1. hahah yg ade lucah slalunyer jepun nyer komik...Tp Malaysia punyer komik yg bgus lawak kampus ,ujang pon dulu2 nyer ok.. >=D

    ReplyDelete