Monday, April 2, 2012

Anda plagiat??

P.L.A.G.I.A.T atau bahasa mudahnya meniru….tergeliat nak sebut perkataan plagiat bagi yang tidak biasa….Heheh… Dimana biasanya berlaku plagiat?? Rasanya zaman kita belajar…betul tak?? Aku pun pernah melakukannya dulu…biasalah, kadang-kadang assignment yang diberikan oleh pensyarah banyak dan susah…..tak termampu untuk kita menyiapkannya…cara mudah ialah dengan tanya Pakcik Google atau salin daripada kawan-kawan yang duduk di baris hadapan…kiranya pelajar yang dijangka 4 flat la hehehhe…. Menurut kawan aku, kalau hendak meniru atau menyalin, kita hendaklah bijak….. perlukan strategik yang terancang tau… menurutnya lagi, plagiat hanya di kira kalau kita tiru dan salin bulat-bulat… Kalau kita ubah ayat itu dari aktif menjadi pasif atau dari past tense menjadi present tense…. sudah tidak dikira plagiat hahaha….sampaikan katanya kalau kita tambah koma (,) dalam ayat itu…ia sudah jadi ayat baru…. Entah la, tak tahu aku sama ada boleh dipercayai atau tidak kata-katanya itu… tetapi yang biasa aku buat, dari ayat aktif menjadi pasif la….kemudian perenggan bawah di dahulukan, dan perenggan atas diturunkan kebawah…hahah…kira tukar tempat la….

Tetapi aku mula sedar, plagiat ini membawa kesan yang negative daripada positif….yang positifnya hanya satu je…iaitu kerja cepat siap hahah…yang lain semuanya kesan negative… Contohnya, anda melakukan plagiat dalam menyiapkan projek tahun akhir anda, anda jangan rasa anda sudah terlepas apabila sudah mendapat segulung ijazah….silap hari bulan, ijazah anda itu boleh ditarik semula di kemudian hari apabila dapat diketahui yang anda telah melakukan plagiat.

Itulah yang mungkin berlaku kepada Presiden Hungary…di mana sarjana kedoktorannya dilucutkan selepas skandal plagiatnya tersebar……suruhanjaya siasatan universiti mendapati sebahagian besar daripada tesisnya pada 1992 berhubung pergerakan Olimpik untuk mendapatkan sarjana kedoktoran telah ditiru daripada penulis lain….. Hentikan Plagiat!!!!

p/s(i): Aku selalu juga copy ayat-ayat cinta dan motivasi daripada website lain, dan paste sebagai status aku di facebook….itu kira plagiat juga???

2 comments:

  1. kalau x salah... kalau ikut lectr saya la... tahun lpas saya grad... utm nak buat satu software yg leh detect kita plagiat atau x??? ( x taw dah buat atau x)... jadi, abg kj dan saya selamat la... klu pernah plagiat la... huhu

    ReplyDelete
  2. Plagiat tu meniru ke? Baru tau..thanks

    ReplyDelete