Aku dengar-dengar, satu skim khas untuk artis akan
ditubuhkan. Aku bukan nak cerita pasal skim khas itu….tapi aku nak tanya, siapa
yang di kira artis??
Sekarang ini, terlalu ramai sangat artis di Malaysia….sudah
tidak terbilang dengan jari… ada yang sekejap saja wujud…ada yang popular
kerana kontroversi…. Ada yang popular kerana skandal dengan Dato’… ada yang
popular kerana bercinta dengan orang muda….artis Youtube….artis rancangan reality
dan ramai lagilah….
Dulu masa aku kecik, kalau ternampak artis siap gigih hendak
bersalam dan bergambar bagai….sekarang ini sudah tidak heran sangat…walaupun jalan
sebelah di Jom Heboh hahahah….Siap artis pula kena senyum-senyum kat kita…suh ambil
tanda tangan dia hahah….
Aku masih ingat dulu, masa sekolah rendah….ada satu
permainan main teka-teka nama artis…kita hanya perlu letak abjad depan nama artis
tu…dan bagi klue sedikit dan kawan yang lain akan teka….contohnya, kawan kita
letak Z Z….kluenya..kening terangkat…. yang lain teka la Ziana Zain ke….Tapi
rasanya sudah tidak ada game tu heheheh…yelah ramai artis yang tidak popular
hahaah
Kenapa artis perlu diberi kelebihan?? Apa bezanya dia dengan
orang lain yang bekerja juga?? Kenapa perlu dapat rumah?? kenapa perlu cermin
gelap?? Kenapa perlu ada skim khas?? Bagi aku senang saja…. buat je peraturan
untuk semua…kalau sesiapa je layak tidak kira dia artis atau pun tidak, dia
berhak untuk memilikinya…. Nanti mesti akan orang cakap, artis dah mengharumkan
nama Negara… Okay… Kalau macam tu, artis yang memburukkan nama Negara dan yang
lebih teruk lagi memburukkan agamanya..apa yang perlu di ambil tindakan???? Tak
adil la, kalau yang positif saja di tengok…yang negative dipandang sebelah mata…
p/s(i): Syukur masih ada penglihatan untuk melihat…
p/s(ii): Selalu nyanyi ketika mandi….aku di kira artis ke???
heheh
Penulisan yang menarik!
ReplyDelete