Tok!! Tok!! Tok!!!
Pintu rumah aku di ketuk.. Ketika itu aku sedang seronok menonton
television… Aku cepat-cepat tutup television dan duduk diam-diam di dalam rumah…
Malas aku hendak membuka pintu rumah, mesti bukan kawan aku yang datang….ni
mesti tukang jual…..
Tetapi pintu rumah
aku masih lagi di ketuk..
Tok!!! Tok!!! Tok!!!!
Aku diam seribu bahasa….. hanya kedengaran bunyi detik jarum
jam di rumah aku…. Aku cuba intai dari celah-celah pintu..SAH!!! memang ada seorang
penjual berdiri di hadapan rumah aku..ada beg besar lagi..
“Ish apa dia jual tu??”, bisik hatiku…
Tok!!Tok!!!Tok!!!. Pintu rumah aku masih lagi di ketuk… Ini
yang aku tabik spring dengan penjual…. mereka sangat sabar dan tidak kuat
mengalah hehehe…
“Ish ni mesti dia dengar suara TV tadi, tu yang tahu ada
orang ni”, keluh hatiku sambil membuka pintu
“Assalamualaikum bang….saya datang untuk menjual kerepek”,
terang penjual tu
“Waalakumussalam…saya sudah kenyang…saya tak nak”, itu je
alasan yang ada dalam fikiran aku masa tu hahahha
“Eh saya tak suruh abang makan sekarang, abang boleh beli
dan makan nanti-nanti”, balasnya…Aku seperti terkena dengan kata-katanya HAHAHA
“eh takpelah, saya pun duduk seorang je”, balas aku…
“Oh yeke??? Kalau macam tu, mesti abang nak beli ini”,
katanya sambil membuat isyarat supaya aku menghampirinya
Aku pun mendekatkan telinga aku ke arahnya.
“Abang nak minyak lintah tak??”, katanya seolah-olah seperti
berbisik.
“Ish saya nak wat apa??”, kata aku dengan kuat kerana
terkejut..
“Nak wat apa lagi….sapu kat situ lah”, terangnya lagak seperti
Doktor Sakit Tuan.
“Ish saya tahu lah sapu kat situ….tapi lepas sapu saya nak
watpe??? Saya bujang lagi!!!”
“Oh yeke bang??”, katanya tersipu-sipu malu dan minta diri
untuk beredar..
p/s: Okay aku kena mula bersenam dengan lebih gigih lagi…rupa
aku dah macam ayah anak seorang rupanya hehehe
Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 540 .
ReplyDeleteNanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link
nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)
Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .
biar btol abg kj ni....hahahahaha
ReplyDeleteNak tau juga cerita seterusnya tentang minyak lintah tu...
ReplyDeleteharap-harap ada sambungan pasal minyak lintah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete