Saturday, July 7, 2012

Fakta nombor Sukan Olimpik London.


Fakta ini aku ambil dari akhbar Metro….Kalau akhbar tu tipu fakta ini…aku pun telah tipu korang la heheh

     a) 9.3 BILION (RM45.9 bilion) dibelanjakan untuk menganjurkan sukan itu. Ia hampir empat kali ganda kos jangkaan untuk menganjurkan sukan itu ketika London membuat bidaan pada 2005. Bajet asal untuk keselamatan dan bagi upacara pembukaan dan penutup digandakan. Kos keselamatan dijangka sejumlah 553 juta (RM2.7 bilion) manakala bajet untuk majlis keraian adalah 81 juta (RM399.7 juta).
     
    b) 1 JUTA PERALATAN SUKAN DIGUNAKAN: Sebanyak 26,400 bola tenis, 600 bola keranjang dan 6,000 sasaran memanah dibeli untuk Olimpik. 

    c) 12,875 KILOMETER LALUAN UNTUK LARIAN OBOR. Obor Olimpik itu dibawa mengelilingi Britain dalam tempoh sepuluh minggu dengan purata larian sejauh 284 kilometer sehari.

     d) 14 JUTA HIDANGAN akan disediakan pada Sukan Olimpik London, menggunakan 25,000 buku roti, 100 tan daging, 75,000 liter susu dan 330 tan buah-buahan dan sayur-sayuran. 
      
     e) 46,000 PEKERJA PEMBINAAN membina Olympic Park dan Perkampungan Olimpik, dan Sukan Olimpik itu sendiri memerlukan tenaga kerja berjumlah 200,000 orang termasuk 100,000 kontraktor dan 70,000 sukarelawan. 
      
      f) 11 JUTA TIKET dijual untuk acara Olimpik dan Paralimpik di mana 75 peratus daripadanya dijual kepada penonton di Britain. Penaja, pegawai dan penyiar boleh membeli 13 peratus tiket manakala baki 12 peratus dijual menerusi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di negara lain. 

      g) 10,490 ATLET akan bertanding dalam 26 sukan Olimpik dengan jumlah 302 acara yang menawarkan pingat. Mereka tertakluk kepada 50,000 ujian anti doping. Seramai 4,200 atlet Paralimpik akan mengambil bahagian dalam 503 acara yang menawarkan pingat menerusi 20 jenis sukan. 

    h) 70 BIRI-BIRI, 12 KUDA, TIGA LEMBU, DUA KAMBING, 10 AYAM DAN TIGA ANJING GEMBALA akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan dan Stadium Olimpik akan bertukar menjadi perkampungan tradisional Britain. 

    i) DUA JUTA PELAWAT AKAN MENGUNJUNGI LONDON untuk temasya sukan itu menurut Menteri Olimpik,Hugh Robertson. Penonton akan membuat 20 juta perjalanan menggunakan pengangkutan awam London, termasuk tiga juta pada hari sibuk. 

     j) 34 VENUE sekitar Britain termasuk sembilan di dalam Olympic Park di timur London. Stadium Olimpik di tengah-tengah taman itu mengambil masa tiga tahun untuk dibina, menggunakan 10,000 tan keluli. Venue itu juga menyediakan 10,000 tandas sementara ‘yang cukup untuk memenuhi keperluan seluruh negara Malta.


No comments:

Post a Comment