Hari ini 10 Julai 2012, genaplah setahun aku jejak kaki di
ledang…. Rasa seperti semalam saja aku baru sampai di Ledang…Cepat sungguh masa
berlalu…pelbagai kenangan pahit manis aku telah lalui disini… Aku masih ingat
dengan jelas, kenangan beberapa hari sebelum aku kena pindah kerja di Ledang
ini….
Pada mulanya, memang aku tak nak pindah ke Ledang… sebab aku
akan “hilang” semua yang aku ada kat KL…. Dan aku masih ingat lagi, sepatutnya
aku kena daftar 8 Julai 2011….hari jumaat…jadi aku mintak tangguh, daftar hari
isnin seterusnya…nasib baik dibenarkan aku daftar 11 Julai 2011…. Yelah kalau
aku daftar hari jumaat kat Ledang, sudah
tentu esoknya aku akan balik KL…kan sudah rugi duit minyak dan tol disitu
hehehh
2 hari yang aku minta tangguh tu….iaitu Hari sabtu dan ahad,
aku guna sebaik mungkin….aku keluar dengan hampir semua kawan aku di KL…. Hahah
kelakar bila diingati kembali, macam aku hendak pergi jauh pula….sampai seorang
kawan baik aku beritahu aku…
“Aku rasa kau mesti kahwin dengan orang Ledang”, kata kawan
aku
“Mungkin dengan puteri Gunung Ledang kot”, balas aku…
Aku masih ingat juga…dulu hampir setiap hujung minggu, aku
pasti ambil kunci kereta, start kereta dan balik KL hahahah…sampai jiran rumah
aku tidak kenal aku pun hahha… Tapi itu dulu, sekarang sampai kawan-kawan aku
tanya
“Kau bila nak balik KL ni??”
Haha…rupanya sudah genap setahun aku disini…dan kalau ikut
rekod kerja aku…paling lama aku di sesuatu tempat kerja itu hanyalah setahun 2
bulan je… harap aku akan terus bekerja di sini dan terus cemerlang dalam
kerjaya aku…Amin!!!
p/s: Dr Mahathir genap 87 tahun hari ini!!!
kerja dekat gunung ledang????
ReplyDelete