Petang tadi, ketika aku sedang sibuk mengemaskini maklumat
Alumni Kolej….telefon aku berbunyi… aku terima satu panggilan…. daripada nombor
persendirian…017-98*****… aku pun angkat…
“Hello……Selamat sejahtera. Ini En. Khairul??”
“Yup saya bercakap”
“Encik sangat bertuah hari ini kerana kawasan Encik tinggal sekarang,
kami sedang membuat promosi memasang Uni** secara percuma………bla…bla… bla”
terang pemanggil wanita itu dengan panjang lebar..
Awal-awal lagi aku nak tergelak, macam mana dia tahu aku
sudah pindah ke Melaka?? Lagipun memang aku tidak berminat untuk pasang Uni**
di rumah aku sebab aku tinggal seorang diri je….rumah aku tu hanya untuk tidur
je…kebanyakkan masa aku di luar rumah.. jadi rugi aku memasang Uni**…. Aku
hanya memberi respon… Em…EH….Ok….Yup….Ohhh… berulang-ulang kali. Selepas
penerangan panjang lebar diberikan, tanpa sedikit pun dia memberi aku ruang
untuk bercakap… dia pun bertanya
“Jadi macam mana Encik Khairul?? Berminat dengan pakej
kami??”, tanya pemanggil wanita itu
“Saya tidak berminat. Sebab saya tinggal seorang diri je”,
balas aku
“Bini encik duduk mana??”, tanya dia lagi
“Saya bujang lagi….lagi pun kebanyakan masa saya di luar
rumah”
“Lah yeke?? Macam tu kita kahwin berdua la… saya boleh masak
untuk encik khairul”, balasnya sambil tergelak-gelak
Aku diam seribu bahasa je….Suasana sunyi….Dan mungkin dia sudah
tersedar akan keterlanjuran kata-katanya itu…dia pun letak telefon….
“Mungkin terlalu laju line Uni** yang dia guna, sampai aku
tidak dengar kata-kata terima kasih atau sebagainya”, bisik hatiku sambil meletakkan telefon…
p/s(i): Baru je habis mengajar pelajar aku pasal khidmat
pelanggan…
hahah rezeki jangan ditolak, orang ajak kahwin, kahwin jer lah
ReplyDeletehahahh...gile ke hape org tuh..marah si awek rindu ko tu nanti..wakakakak
ReplyDeletehahahh...gile ke hape org tuh..marah si awek rindu ko tu nanti..wakakakak
ReplyDelete