Sunday, July 22, 2012

Mengapa abaikan ibu bapa yang lanjut usia??


Hari ini 2 ramadhan….. Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada yang berpuasa…..banyak juga mesej ucapan selamat berpuasa yang aku terima… Maaf jika ada yang tak terbalas…

Pagi-pagi ini, bila aku membaca surat khabar….aku terbaca mengenai ibu bapa yang lanjut usia atau warga emas yang di tinggalkan di rumah kebajikan…. Rasanya ini bukan kali pertama berita seumpama ini terpapar dan aku yakin ini bukan juga yang terakhir akan di paparkan di akhbar….pasti banyak berita seumpama itu akan keluar lagi…lebih-lebih lagi hendak raya nanti…. Persoalannya sekarang, mengapa sekarang ini ramai anak mengabaikan ibu bapa mereka yang lanjut usia??

Pelbagai pendapat dan alasan dikemukakan antaranya ialah
      
      a)  Kehidupan ibu bapa lebih terurus jika di rumah kebajikan kerana anak-anak sibuk bekerja. Memang betul lebih terurus, tetapi adakah itu alasan atau permit untuk si anak melepaskan tanggung jawab??
   
     b)  Institusi kekeluargaan dari awal lagi sudah rapuh. Si ibu bapa tidak pernah mengambil berat hal anak-anak. Jadi apabila sudah besar, si anak pula tidak ambil peduli hal ibu bapanya. Ikatan kasih sayang dalam keluarga tidak kuat.

    c)  Ibu bapa sudah tidak menyumbang apa-apa lagi… Kalau dulu ibu bapa sebagai tempat untuk mendapatkan duit, tetapi selepas tidak bekerja…ibu bapa dianggap beban kepada anak-anak.

     d) Tidak ada saudara mara lain untuk jaga…. Atau tidak mahu menyusahkan anak-anak…

     Apa-apa pun alasan yang diberi, ingatlah…itulah ayah kita…itulah ibu kita….tanpa mereka, kita tiada di dunia ini….berbaktilah kepada mereka, selagi mereka masih bernafas di dunia ini…. Jangan menyesal di kemudian hari….cubalah anda bertanya kepada anak-anak yatim, apakah perkara yang paling dirindui mereka…. Pasti mereka akan berkata, ibu bapa mereka…


p/s: Sudah 5 tahun aku tidak tukar baju raya...tahun ini, aku ingat nak beli baju melayu warna merah pula =)

No comments:

Post a Comment