Shhhh…. Jangan tegur!!!
Aku bukan hendak ulas mengenai filem Jangan Tegur arahan
senior sekolah menengah aku, Piere Andre… Dan aku bukan juga hendak
menghebahkan yang filem ini akan disiarkan pada hari raya ini… Eh ada ke??? Heheh
TETAPI….
Aku perhatikan zaman sekarang ini, orang sudah tidak boleh
ditegur…. Contoh terdekat, selak sajalah surat khabar hari ini…..ada dua kisah
mengenai…kerana teguran, mereka mati…
adakah ini termasuk dalam kes, kerana mulut, badan binasa?? Apa salahnya
kalau teguran itu ke arah kebaikan??
Kes Pertama: Seorang lelaki maut akibat ditikam adik iparnya
sendiri kerana telah menegur sikap adik iparnya itu yang sering memukul
isterinya yang juga merupakan adik mangsa.
Kes Kedua: Seorang abang di tikam mati oleh adiknya hanya
kerana bunyi radio.. Kedua-dua beradik itu bertengkar selepas mangsa merasa
tersinggung apabila si adik menegur abangnya
supaya memperlahankan bunyi radio kerana sudah lewat malam
Kenapa ye sekarang ini kita sudah tidak boleh ditegur?? Termasuklah
juga diri aku ni….. Kalau kena tegur je, mesti rasa hendak marah atau melenting
walaupun teguran itu benar dan ke arah kebaikan…
p/s(i): aku tegur dan marah pelajar aku kerana aku sayang….harap
tidak ada yang calarkan kereta aku lah hahahha
tau tkot..hahaha
ReplyDelete