Disuatu petang yang damai….di sebuah warung mamak…lepaklah
dua orang pemuda disitu, Hafiz dan KJ (bukan nama sebenar hehehe)…..Korang
sudah dapat membayangkan suasananya belum?? Kalau belum, cepat bayangkan hehe
Ketika menunggu pesanan makanan tiba, Hafiz dan KJ
berborak kosong sambil Si Hafiz membaca suratkhabar…
“Eh, kau tengok surat khabar ni….sweetnya mereka”, kata Si
Hafiz pada Si KJ
“Mana?? Ni pasal jodoh silap dail ke??”, kata aku…eh eh
silap pula….kata Si KJ… sambil cuba melihat pada tangan Si Hafiz yang tunjuk
pada surat khabar.
“Yela, lelaki ini telah bertemu jodoh dengan perempuan ini
selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu”, terang
Si Hafiz panjang lebar pada si KJ…..lagaknya seperti guru tadika sedang
mengajar ABC pada anak muridnya.
“Eh mudahnya dapat jodoh??”, tanya KJ seperti tidak percaya
“Itu yang dikatakan jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan
Tuhan…silap-silap hari bulan kita pun kejap lagi dapat jodoh nanti”
“Ohhh yang bab jodoh, kau rasa kejap lagi….tapi yang bab
ajal maut, tak fikir pula?? hahaha”, si KJ gelak kerana dapat mengenakan si
Hafiz
“Ishhh ke situ pulak kau ni…tapi aku rasa nak cubalah
buat-buat tersilap dail….manalah tahu jodoh aku menggunakan cara yang sama ke??”,
Si Hafiz sudah mula membuat perangai gila-gilanya..
“Ish kau ni, dah tak ada kerja ke??”
“Aku tahu kau jeles kan….jodoh aku dah nak sampai….tinggal
la kau sorang-sorang membujang”
“Suka hati kau lah Hafiz….Malas aku hendak campur tangan”,balas
si KJ
“Okay….aku hendak try nombor yang dekat dengan nombor aku…0…1…7……….”
Ring!!! Ring!!! Ring!!!
Kedengaran bunyi deringan….Si hafiz saja membuat loudspeaker….
Saja bagi KJ dengar. KJ pun berdebar menunggu panggilan itu di angkat…
Tiba-tiba deringan itu berhenti menandakan pangilan itu
dijawab..
“Hello”, si Hafiz bersuara. Itu lah pertama kali KJ nampak
si Hafiz bergaya….lagaknya seperti Rosyam Nor
“Hello”, jawab si pemanggil….suaranya garau seperti lelaki…eh
memang lelaki pun yang menjawab panggilan itu
Kelam kabut si Hafiz mematikan panggilan telefon itu…..Si KJ
sudah gelak terbahak-bahak… Hahaha
p/s(i): Sekuat mana kamu setia, sehebat mana kamu merancang,
sejauh mana kamu menunggu, sekeras mana
kamu bersabar, sejujur mana kamu
menerima dia….jika ALLAH tidak menulis jodoh kamu bersama… kamu tetap tidak
akan bersama…..
Hehehe klaka tol
ReplyDeleteWell krul, bile aku nak dpt kad kawin ko?skrg ramai kwn2 aku kawin