Saturday, December 22, 2012

Nama saya Afiq


Khamis lepas….kebetulan negeri Johor cuti…sempena hari Hol Almarhum Sultan Iskandar… Jadi tempat kerja aku telah membuat hari staf di Tiara Beach Resort, Port Dickson untuk satu hari itu…. Pada sebelah pagi, diadakan Majlis penghargaan untuk staf yang telah memberi khidmat cemerlang sepanjang tahun 2012 dan sebelah petangnya pula diadakan sukaneka dan bersantai di taman tema nya…



Syukur..Alhamdulillah…aku telah dapat penghargaan perkhidmatan yang cemerlang bagi kluster Multimedia, ICT & Elektronik sepanjang tahun 2012…. Jadi kepada sesiapa yang nak berkursus asas Microsoft word, power point, excel, blog, movie maker dan sebagainya….boleh lah hubungi aku….

Tetapi disini, aku bukan hendak bercerita mengenai Majlis penghargaan atau sukaneka itu, tetapi aku hendak menceritakan satu peristiwa yang telah membuat aku lebih menghargai ibubapa aku…

Ketika aku sedang bersantai di taman tema disitu selepas habis acara sukaneka dan sebelum aku pulang ke rumah.. Aku hanya duduk di tepi kolam, tidak berenang…..ye aku akui, aku fobia sikit dengan air,bukan bermakna aku takut air sampai tak mandi….macam kambing tu hehheh, aku fobia, sebab aku pernah hampir lemas ketika aku sekolah rendah dulu…

Dan ketika aku duduk di tepi kolam, main air dengan kaki aku…. Aku perhatikan, ada seorang budak lelaki ini…dia selalu tengok aku… aku menjadi tidak selesa…. Tetapi aku buat tidak tahu saja… Dan budak lelaki ni berenang menghampiri aku…

“Bang, jom lah mandi”

“Kejap lagi lah dik”, balas aku sambil mata aku memandang pada papan tanda di tepi kolam yang  tertulis kedalaman kolam ini 1.2 meter… Dan ketinggian aku 1.8 meter, aku boleh je berdiri dalam kolam ini, pasti tidak lemas heheh

“Saya dari rumah bakti”, balas budak itu. Membuatkan mata aku beralih dari papan tanda itu memandang ke arahnya.

“Rumah bakti??”, aku seolah-olah bertanya untuk mendapatkan kepastian mengenai rumah itu…

“Yup, rumah bakti, rumah anak-anak yatim kat seksyen 2 bangi”, terang budak itu

“Ouhhh”, lidah aku menjadi kelu…itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari mulut aku pada ketika itu, aku terus teringat kedua ibu bapa aku…

“Nama saya afiq”

“Sedap nama tu, nama abang….Khairul, afiq datang dengan siapa??”

“Saya datang dengan kawan-kawan lain dan penjaga, 30 orang semuanya.” Sambil menunjuk ke arah sekumpulan budak yang memakai baju yang sama

Aku perhatikan mereka, penuh keceriaan di muka mereka….terus aku teringat budak-budak dirumah berkat, rumah anak yatim yang pernah aku mengajar  tusyen….

“Adik sudah berapa lama dirumah itu??”tanya aku

“Sejak umur 4 tahun, dan sekarang saya tingkatan satu”

Aku memandang tepat mukanya….aku tahu dia rindukan seseorang….ye ibubapanya…mungkin abang, kakak dan adik-adiknya….Afiq terus bermain dengan aku, sampai lah masa aku perlu pulang…Aku keluar dari kolam, dan mencari selipar….

“Abang hendak pergi mana??”, tanya afiq

“Abang hendak balik, dah sampai masa abang kena check-out”

“Abang tak bermalam disini ke??”

“Tak, abang hari ini je….”,balas aku. Aku perhatikan riak mukanya masam…

“Abang balik berhati-hati ye.. Jangan lupa saya kat bangi”, katanya sambil melambai tangan.

Kini sudah dua hari berlalu, aku sekarang berada dirumah….masih ingat lagi lambaian afiq itu…

Dan aku perhatikan kedua wajah ibu bapaku ini, sudah penuh garis-garis kedut…. Dan ayah aku semakin kurus… Aku tidaklah kata aku baik sangat, aku dulu juga pernah lawan cakap ibubapa aku, Cuma aku hendak pesan, hargailah ibubapa anda selagi mereka masih hidup, Cuba selami perasaan anak-anak yatim yang dahagakan kasih sayang kedua ibubapa mereka.

No comments:

Post a Comment