Wah pagi-pagi lagi aku sudah kemas kini entri…. Ni semua
angkara tertidur awal malam semalam, sampai aku tidak tengok rancangan
kegemaran aku “Semanis Kurma” heheh….
Nak tidur balik, mata tak nak pejam pula….akhirnya, aku
online…buka facebook, tengok tiada rakan-rakan yang online, jadi aku buka je
lah paper online…dapat baca maklumat atau berita terkini… Pagi nanti sampai kat pejabat, bolehlah aku berlagak
jadi orang yang paling awal tahu berita hahah
Semasa aku membaca akhbar online, aku tertarik dengan satu
artikel ini… Muntah ikan paus bernilai RM 210,502…wow…kira pakcik kaya lah
kalau dapat…
Alkisahnya, seorang lelaki di London telah ditawarkan wang sebanyak
jumlah itu oleh seorang pembeli dari Perancis. Lelaki itu menemui objek itu
selepas anjingnya mula menghidu batu yang agak besar dengan tekstur melekit
berwarna kekuningan. Muntah yang jarang ditemui itu dipercayai menjadi bahan
asas penting untuk penghasilan minyak wangi.
Cuba lah kita lihat, muntah ikan paus pun ada nilai…..bagaimana
dengan muntah kuning atau hijau kita?? Berapa nilainya??Hanya di longkang…..Aku
rasa sangat kerdil…..haiwan atau tumbuhan yang kita pandang seperti tiada
fungsi dan nilai, tetapi sebenarnya banyak manfaat dan kegunaannya.. Cuba kita
berdiri dihadapan cermin sebentar, lihat diri kita daripada hujung rambut
hingga hujung kaki… apa yang kita boleh beri manfaat kepada manusia atau
hidupan yang lain?? Apakah nilai diri kita?? Jadi mengapa kita masih sombong
dengan Pencipta kita?? Kenapa kita sendiri yang merendahkan nilai diri kita
yang kosong ini?? Semua soalan ini perlu dijawab sendiri….
Ingatlah, semua manusia sama sahaja tetapi orang yang paling
mulia diantara kita di sisi Allah ialah orang yang paling takwa…
p/s(i): Dan jangan entri ini disalah tafsir pula, bukan
berkhutbah Cuma betuli diri jua J
p/s(II): Aku selalu memesan kepada student aku…. “Kalau kita
tidak mampu memberi kesenangan atau kebaikan kepada orang lain, janganlah pula kita
memberi kesusahan atau keburukan kepada mereka”
Appreciate this blogg post
ReplyDelete