Saturday, March 2, 2013

Panggilan 123


Aku baru saja terima satu panggilan…. dari nombor 123….hanya 3 nombor itu sahaja… Pelik!!

Tetapi aku tidak angkat la….Kemudian, aku terima sekali lagi panggilan dari nombor yang sama… Aku tidak angkat juga….

Bukan nak lari dari pemanggil… Tetapi aku menjadi takut untuk mengangkat panggilan dari nombor yang aku tidak kenali… selepas tersebar di internet, yang nombor bermula dari 370 dan sebagainya yang akan godam handphone…

Kebetulan pula, baru-baru ini telefon aku rosak….habis semua nombor hilang….Jadi memang aku tidak angkat la kalau aku tengok nombor yang masuk itu macam pelik sikit…. Jadi aku sarankan, mesej aku terlebih dahulu sebelum call ye heehe

Dan aku biasa sangat dapat panggilan dari pelbagai agensi…seperti hotel, bank dan sebagainya.. Dan baru-baru ni, aku terima panggilan daripada syarikat yang menawarkan kad kredit

“assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

“Tahniah encik, encik telah Berjaya disenarai pendek untuk menerima kad kredit dari kami secara percuma”

“Eh yeke??”, aku buat-buat terperanjat dan buat-buat gembira

“Betul encik…. Daripada ramai orang, encik yang sangat bertuah…tetapi sebelum itu, boleh saya tahu encik kerja apa dan kat mana??”

“Boleh…tapi sebelum itu, boleh saya tahu tak nama saya terpilih macam mana ye?? Sebab saya dari kecil jarang bertuah…jarang nak menang cabutan bertuah”, aku melawak agar perbualan itu tidak menjadi terlalu serius…

“Oh…kami ada beberapa senarai nama, dan kami perhatikan nama encik bersih dari sebarang blacklist”

“Oh kiranya, encik nak tawarkan kad kredit ni…supaya saya di blacklist ke???”

Dia terdiam… Mungkin terasa dengan kata-kata aku heheh

Secara jujurnya, aku memang tidak suka menerima panggilan daripada bank, hotel, atau mana-mana syarikat yang menawarkan sesuatu dan memerlukan keputusan pada waktu itu juga… Bagaimana kita mampu membuat keputusan hanya berbual dalam masa 5-10 minit tanpa bersua muka?? Aku lebih suka pergi ke kaunter dan mendengar penjelasan secara bersemuka… Kawan aku pula, dia selalu akan layan je…tetapi sampai hujung perbualan dia akan kata

“Maaf encik, saya tidak berminat”

Hahaha…Mesti kawan aku tu selalu kena maki dengan pemanggil…


33 comments:

  1. Sekarang pun sy tengah alami jugak nombor dari 123 tu, banyak kali jugak call masuk dari 123. Memang sy tak angkat lah sebab nombor pelik

    ReplyDelete
  2. Siapa aebenarnya no 123 ni? Maxis ke?

    ReplyDelete
  3. Ingatkan sy je yg dpt. So mmg ramai la eh. Tak penah sy angkat. Tp ada cuba call balik. Voice mesej dari maxis. Malas sy nk dgr robot bercakap. Terus letak je.

    ReplyDelete
  4. Saya bru je dpt call dri no 123 tu. Tulis situ Maxis. Risau nak angkat

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. alamak bahaya betul ni 123, papepun, nak rawatan sakit belakang? dapatkan di......

    Physio Treatment

    ReplyDelete