Thursday, June 20, 2013

Terapi Azan….

Dalam sehari 5 kali kita akan mendengar azan…. Tetapi apa yang kita akan buat apabila dengar azan?

Diam tanda hormat azan? Bersiap-siap untuk pergi surau atau masjid? Atau buat tidak tahu sahaja??

Pernahkah anda menangis ketika mendengar azan??

Secara jujur, aku tidak pernah menangis mendengar azan sehingga lah aku menjadi pensyarah pengiring untuk membawa pelajar aku ke satu kem….

Disitu ada satu slot terapi azan, dimana semua orang diminta berdiri lurus diatas tanah…bermakna tiada kasut dikaki….dan semua barangan elektrik yang berada pada tubuh kita ditanggalkan seperti telefon bimbit, jam tangan dan sebagainya…….

Kami semua diminta berdiri lurus, pejamkan mata dan focus pada azan yang akan dimainkan….

Ketika itu terasa sunyi, fasilitator memainkan rakaman azan…. Hanya kedengaran laungan azan sahaja bergema di dalam bilik itu…. Baris demi baris azan itu dihayati….serius ketika itu, aku merasakan badan aku bergetar….terasa aku insan yang paling kecil dan lemah….dan sesungguhnya Allah Maha Besar… Dan tidak aku sangka, ada titisan air mata mengalir di pipiku…

Aku tahu aku tidak layak masuk ke syurga Nya, tetapi aku tidak mahu masuk neraka Nya…

Selepas sahaja azan berkumandang, fasilitator menyuruh kami membuka mata….. rupanya bukan aku seorang sahaja yang mengalirkan air mata…. Dan satu persoalan bermain di fikiran aku

“Kenapa sebelum ini aku tidak merasakan perasaan ini??”

Rupanya sebelum ini, aku tidak pernah betul-betul menghayati bait-bait azan itu…. Dan aku yakin, apabila ada sahaja azan berkumandang di radio atau TV, kita pasti akan menukar siaran lain….

Rupanya sungguh indah Azan itu…


1 comment:

  1. i love your blog!!<3 keep up the great work!<3
    xx peach

    momomoworld.blogspot.com
    or
    justalittlekitten.blogspot.com.au

    ReplyDelete