Tuesday, July 30, 2013

Tak Ingat!!!

Semalam aku mempunyai masa lapang, jadi aku pun pergilah ke bazaar di Melaka…..Niat di hati Cuma satu je, iaitu mencari kuih raya….tahun ni masih lagi kuih raya tunjuk-tunjuk… Maklumlah, hidup membujang heheh

Aku pun pergilah ke bazaar berhampiran Hang Tuah Mall…. Memang sangat ramai orang-orang… ada macam-macam barangan dijual….dari mercun sehinggalah ke perhiasan dan baju raya…. Memang boleh rambang mata lah…

Sedang aku berjalan sambil mencari kuih raya, aku perhatikan ada sekumpulan gadis memerhatikan aku… aku seperti biasa, buat tak tahu sahaja…..cover macho kononnya…aku sempat menjeling ke arah mereka….mereka mula tersenyum…. Aku masih lagi buat tak tahu je….takut tersilap orang…kan ramai orang disitu….nanti malu pula, tak tahu nak letak muka ni kat mana….

Seorang gadis dari kumpulan itu datang ke arah aku, dan bertanya,

“encik….encik tidak kenal kami ke??”

Aku memandang gadis itu dari atas sampai ke bawah tanpa berkelip….kalau dah berkelip, di kira dosa…. Aku cuba mengecamnya dan aku membalas….

“Maaf….saya tidak kenal kamu”

“Betul encik tidak kenal kami?”, gadis itu cuba mendapatkan kepastian daripada aku

Kali ini aku memandang pula rakan-rakannya yang lain…Mungkin ada yang aku kenal…..Sah aku memang tak ingat atau kenal mereka….

“Encik kenal Cik Mas??”

Satu nama yang tidak asing bagi aku…terus aku terbayang seorang gadis bertubuh kecil…. Dan aku mengangguk menandakan ya bagi soalannya itu…..

Gadis tu pun tersenyum,

“Kami anak murid Cik Mas”

Terus aku teringat satu program di mana aku pernah bekerjasama dengan cik Mas….dan mereka ini mungkin peserta program itu…. Aku hanya tersenyum… Memang aku tak dapat cam muka mereka…

Dan terus aku teringat satu peristiwa dahulu, di mana aku kembali ke sekolah menengah lama aku dulu, niat di hati ingin berjumpa cikgu kesayangan aku…. Dan apabila aku dapat berjumpa cikgu aku itu, cikgu aku tidak mengingati aku…. Aku rasa sangat kecewa….dan mungkin mereka pun turut rasa sama macam perasaan aku dulu….

Aku rasa bersalah pada cikgu aku dulu….yela setiap tahun, cikgu berhadapan dengan beratus-ratus pelajar yang berbeza dan silih berganti…. Sudah tentu agak sukar cikgu untuk mengingati 100% diri kita… Mungkin ingat rupa tetapi tidak ingat nama….Kini aku pula yang mengalami peristiwa itu…. Maaf ye jika saya tidak dapat mengingatimu...

#Walaupun aku tidak mengingati nama dan rupa pelajar aku, aku harap mereka tidak lupa ilmu yang aku ajar dan sentiasa mengamalkannya ke jalan yang diredhaiNya..

#aku bangga menjadi tenaga pengajar

kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila - mendaki gunung ledang bersama pelajar, banyak kenangan manis dan kelakar :)

No comments:

Post a Comment