Tuesday, August 6, 2013

Kad raya lewat



Hari ini aku pergi kerja macam biasa….Ofis sudah mulai sunyi…Aku hanya ditemani oleh akak cleaner sahaja…. Dia sibuk dengan kerja dia, aku pun menyibukkan diri aku dengan kerja aku….

Sebenarnya, aku malas nak ambil cuti raya ni sebab keluarga aku balik kampung pada malam raya… jadi tiada sebab musabab aku hendak ambil cuti awal…. Baik aku pergi kerja daripada duduk dirumah dan buat macam-macam kerja yang tertangguh ni… Niat di hati hendak buat senarai graduan dari dulu hingga sekarang, tetapi malangnya sistem capaian data graduan ada masalah…

Akibat sudah kebosanan di ofis, aku pun mengemaslah tempat kerja aku ni…rasanya kali terakhir aku mengemasnya adalah semasa proses hendak audit amalan 5S heheh… Sedang aku mengemas laci aku, aku terjumpa beberapa keping kad raya yang masih kosong…. Aku apa lagi, ambil pen dan terus mengarang kepada rakan-rakan yang aku ada alamatnyalah….

Walaupun aku tahu sekarang ni mana ada lagi orang yang hantar kad raya, tetapi sekali sekala jadi ‘orang lama’ kan seronok? Dan aku sangat yakin kad raya yang aku pos tadi tidak sempat sampai sebelum raya dan aku harap penerimanya akan terharulah apabila menerimanya nanti walaupun lambat heheh




# Ada yang masih tidak berpuasa walaupun hari-hari terakhir Ramadan…

#Siapa yang anda rasa paling lawak di Malaysia? Jom undi

No comments:

Post a Comment