Disebabkan raya dah dekat…. Jadi aku ingin memberi tips
bagaimana hendak mendapatkan duit yang banyak dalam satu hari…. Aku dah
amalkannya dulu, dan ianya berkesan…
Tapi tips ini sesuai untuk kanak-kanak sahaja…..orang dewasa
adalah sebaliknya, iaitu orang dewasa terpaksa mengeluarkan duit dengan banyak…
hehe… Ingat!!! Tips ini hanya boleh diamalkan masa raya sahaja…
Berikut adalah tips-tipsnya
1. Pastikan ketika hendak beraya, baju melayu
mempunyai banyak poket, kalau boleh baju, seluar dan sampin turut mempunyai
poket sekali…supaya mudah untuk menyimpan duit raya hehe… Yela kalau ada satu
poket je, nanti tuan rumah nampak banyak sampul raya dalam satu poket itu, dia
akan kata….
“Kanak-kanak tidak boleh pegang
banyak-banyak duit raya”
2. Pastikan berpuasa penuh, biasanya kanak-kanak
sekarang ini disogok dengan duit untuk berpuasa penuh, bukan dengan hikmah
puasa itu sendiri….Sehari puasa dapat seringgit, jadi kalau 30 hari berpuasa
penuh…automatik semasa raya sudah dapat RM 30….
3. Kalau pergi beraya, pastikan tidak pergi dengan
kawan-kawan yang ramai…cukup la ada kawan seorang dua sahaja…Biasanya tuan
rumah tidak akan bagi duit raya yang banyak jika kuantiti yang datang itu
terlalu ramai heheh….silap-silap hari bulan, tuan rumah tidak buka pintu rumah
langsung kalau nampak daripada jauh sekumpulan kanak-kanak datang heheh
4. Jangan duduk terlalu lama untuk satu-satu rumah….cukuplah
sekadar minum air dan makan satu dua jenis kuih raya…kerana masa itu emas hehe….
5. Jangan terlalu malu, kalau tuan rumah tanya
apa-apa soalan…cakap dengan banyak dan yakin… Ini kerana tuan rumah akan rasa
kamu sangat comel…dan kemungkinan besar, duit raya pun dapat lebih heheh
6. Jangan memilih rumah besar sahaja baru hendak
pergi beraya…..setiap rumah adalah peluang heheh….walaupun beranggapan rumah
kecil akan memberi duit raya yang sikit, tetapi bukankah “sikit-sikit,
lama-lama akan jadi bukit” heheh
Tapi ingat ye adik-adik, duit raya tu jangan digunakan pada
perkara yang tidak berfaedah seperti membeli mercun… apa kata duit itu disimpan
dalam bank atau memberinya pada ayah untuk dibuat isi minyak kereta, pulang ke
rumah heheh
#Mesti apabila sekolah dibuka nanti, perkara pertama yang
akan ditanya pada rakannya disekolah ialah… “Berapa duit raya yang kau dapat?”
heheh
#Duit raya itu tidak penting, yang penting adalah
mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia pada hari raya nanti… Selamat Hari Raya!!!
Baiklah akan ikut tips abg KJ. Terima kasih Abg KJ. Mesti abg KJ penuh dgn pengalaman kan... hahhaa
ReplyDelete