Tuesday, October 22, 2013

Apa itu Daebak?

Daebak??

Apa itu?? Debab ke??

Aku baru mengetahui perkataan ini tengah hari tadi…. Ini semua angkara pelajar-pelajar sekolah SMK Bandar Maharani…

Pagi tadi, aku bersama rakan aku ditugaskan untuk mengajar kursus pendek Pembinaan Blog kepada 43 orang pelajar sekolah itu…. Alang-alang mereka baru sahaja lepas mengambil peperiksaan PMR, jadi cikgu mereka mengambil tindakan positif dengan mendedahkan pelajar-pelajar mereka dengan kursus-kursus komputer.




Disebabkan pelajar-pelajar ini sangat ramai, maka mereka dipecahkan kepada dua kumpulan…aku mengambil satu kumpulan, manakala kawan aku mengambil lagi satu kumpulan… Sepanjang aku mengajar mereka separuh hari tadi…aku sangat seronok dan terhibur dengan ragam mereka… Dan seperti kebiasaanya, selepas habis kursus, pelajar perlu menilai kursus itu secara keseluruhannya termasuklah kena menilai cara pengajaran aku sekali….

Dan kebiasaanya aku akan melihat kembali satu persatu borang penilaian itu….bukan untuk memarahi mereka jika memberi komen negative, tetapi sebagai proses untuk meningkatkan lagi teknik pengajaran aku…




Dan salah satu komen itu ada tulis

“Sangat Daebak!!”

Aku memang tidak tahu apa maksud perkataan itu, aku ingatkan pelajar itu tulis

“Sangat Debab”

Aku memang terasa kalau benar-benar dia tulis macam tu heheh… Dan tadi aku telah tanya pakcik aku, Paklong Google….dan aku sudah dapat jawapannya J Aku tidak suka hidup aku diselubungi misteri heheh





Nota kaki: Jika ada pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin belajar pelbagai kursus pendek tidak kiralah komputer, masakan, hospitaliti, muzik dan sebagainya…bolehlah like dan hubungi di facebook JPSH KKLJ

2 comments:

  1. Anak murid ko yg satu ni bila nk ajar? Takat notes je heh.. :p

    ReplyDelete
  2. Korean ghupenye...ahahaha...kelas aku lagi la..ada buat blog untuk ema maembong fan club...lagi tak leh blah...dak lelaki lak tuh...hihihihih

    ReplyDelete