Sunday, November 17, 2013

Love You Mr Campur…

Seminggu rasanya aku berbengkel di Kajang….. Sudah rasa rindu dengan ofis aku… Dan hari ini, aku membuka email untuk melihat urusan kerja yang terkini…. Banyak juga email yang masuk ke dalam inbox aku…. Aku check satu persatu… dan ada satu kandungan email ini menarik perhatian aku…


Perpustakaan di kolej aku menganjurkan satu program sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2013… Program itu ialah “Program Jom ke Perpustakaan”….Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Mengarang Cerpen, Gali bahasa, dan Pertandingan Sajak / Syair / Bercerita… Aku rasa berminat untuk menyertai kesemua aktiviti itu…tetapi tarikh aktiviti itu jatuh pula pada waktu aku perlu pergi kursus lagi iaitu 26 dan 27 November ini…kecuali Pertandingan Mengarang Cerpen sahaja yang bermula sekarang sehingga 25 november ini…. Jadi aku hanya boleh menyertai pertandingan mengarang cerpen sahaja jika aku berminat.

Macam minat je....Macam minat je....

Bagi mendapat idea untuk mengarang cerpen ini, aku telah berbincang dengan adik beradik aku…Macam-macam idea dikeluarkan…

“Apa kata buat cerpen pasal seorang playboy jatuh cinta dengan gadis berbadan besar??”, cadang kakak aku

“Nampak sangat terpengaruh dengan drama Playboy itu suamiku…”, bisik hatiku..

“Ish biasa sangat….apa kata angah buat cerpen pasal seorang ibu tua yang sakit dan miskin serta perlu menjaga cucu yang cacat….dan bla bla…..dan bla bla….”, cadang adik aku pula.

“Banyak pula “dan” dia bagi menggambarkan terlalu peritnya kehidupan si ibu itu….ni mesti terlalu banyak sangat tengok drama cerekarama ini…kalau boleh hendak menggambarkan kehidupan itu seperti sudah jatuh di timpa tangga….tetapi ini bukan setakat tangga….anjung, beranda dan atap pun jatuh sekali hehe”, bisik hatiku….

Kami terus berbincang…Dan akhirnya keluarlah satu idea…

Cerpen yang akan mengisahkan seorang lelaki yang agak arrogant…. Dan sukar didekati oleh wanita… Namun, dia mula berubah sikap menjadi seorang peramah apabila sering ditegur oleh ibunya…Kerana sifat barunya yang ramah, timbul pula satu masalah lain pula iaitu ramai wanita mudah jatuh cinta padanya….dan kini dia di cop sebagai playboy pula…. setiap tingkah lakunya pasti akan mencairkan hati wanita… Maka, pasti ada wanita yang akan merasa kecewa kerana terasa diri mereka seperti dipermainkan sebab lelaki itu seolah-olah melayan ramai wanita…dan dia merancang untuk membalas dendam bagi memuaskan hatinya… Lelaki itu terlibat dalam kemalangan yang dirancang… dan dia mula insaf dengan tingkah lakunya selama ini…

Apakah akan terjadi pada lelaki itu selepas ini??

Adakah lelaki itu akan menjadi ustaz??

Semuanya akan terjawab kalau aku menang tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerpen ini hehehe


WeChat: kjkun86
Insstagram: khairuljohari86
Facebook: Kj Kun

No comments:

Post a Comment