Akhirnya dalam seumur hidup aku ini, dapat juga aku
merasa menjadi putih sekejap semalam….
Ini lah akibatnya sambut hari jadi semalam,
Dalam 3 hari kebelakangan ini, aku agak sibuk dalam
menguruskan pelajar untuk membuat latihan industry dan membantu untuk minggu
suai kenal pelajar baru… Jadi 3 hari ini, aku pergi kerja pagi balik tengah
malam.
Dan kebetulan hari jadi aku jatuh pada semalam…..Jadi aku
hendak story sedikit apa yang terjadi sepanjang hari semalam….
Aku sengaja tidur awal sebelum pukul 12 pagi menjelang hari
jadi aku, sebab takut terkena kejadian yang tidak diingini seperti baling
tepung ataupun telur hahah… Biasanya, mereka-mereka yang berniat hendak
mengenakan aku pasti akan membatalkan niat mereka kalau tengok aku sudah tidur….sebab
aku tidur macam comelll jeeee hahaha
Dan aku bangun awal pagi untuk pergi kerja, dalam 6.30
pagi aku sudah sampai ofis…. Untuk memastikan pelajar baru yang tidur di kolej
mengikut tentatif yang disediakan…. Aku melihat telefon bimbit aku, terdapat
banyak mesej, wassap dan wechat mengucapkan selamat hari jadi…. Yang mana
sempat aku balas, aku balas lah….
Sambil-sambil itu aku menyiapkan nota untuk mengajar
pukul 8 pagi nanti….. Dan aku terima ucapan dan nyanyian selamat hari jadi
ketika ke kelas daripada pelajar-pelajar dan rakan sekerja aku… Ini semua kuasa
facebook… bertapa hebatnya facebook!!!
Selepas habis waktu pejabat, aku singgah sebentar untuk
memantau aktiviti pelajar-pelajar baru yang di kawal oleh JPP dan PRS….. aku
balik ke rumah dalam pukul 7 malam, untuk mandi dan solat maghrib serta melihat
makwe aku Si Zara berlakon dalam Love You Mr Arrogant hehe….
Aku kembali ke kolej semula selepas waktu Isya, aktiviti
malam semalam iaitu malam terakhir pelajar baru tidur di kolej ialah Malam
Kebudayaan dan BBQ…. Aku sempat tengok persembahan pelajar-pelajar ini dan
turut berkesempatan memberi komen atas persembahan mereka….terasa seperti Adlin
Aman Ramli memberi komen kepada peserta akademi fantasia (AF) hehe
Selepas itu, aktiviti BBQ….memang kenyang dan bertambah
Daebak Debab lah aku….Sedang aku borak-borak dengan staf lain….tiba-tiba aku
rasa kepala aku basah dan melekit….aku pegang kepala aku… ada kesan tepung dan
air oren….memang terbaiklah anda semua, dah lama aku teringin menjadi putih….
Ketika hari jadi aku yang ke……ahhh rahsialah, impian aku tercapai hahah…
Nota kaki kanan: Terima kasih kepada semua yang
mengucapkan selamat hari jadi kepada aku…tidak kiralah di mesej, wasap, wechat,
facebook dan lain-lain….serta yang memberi hadiah, yang menghantar video dan
gambar yang diedit dan juga yang telah mengenakan aku… Terima kasih
banyak-banyak!!!
Nota kaki kiri: Emak aku mesej; “flying kiss daripada
mama”…. Terasa nak terbang balik KL cium emak aku heheh
Saya suka kulit saya sekarang sbb dh putih..mcm cantik je..macam cantik je..macam comel je...hahahahaah...
ReplyDeleteSaya suka kulit saya sekarang sbb dh putih..mcm cantik je..macam cantik je..macam comel je...hahahahaah...
ReplyDelete