Sunday, January 26, 2014

Hilang Nyawa…..

Anda tahu bila anda akan menemui ajal?

Anda berimpikan syurga…tetapi untuk masuk syurga, anda perlu mati dahulu….adakah anda sanggup untuk mati sekarang?

Sudah cukupkah bekalan anda untuk menghadap Pencipta anda?

Adakah anda tahu bagaimana pengakhiran hidup anda?

Hari ini aku terbaca akhbar kosmo online, ada dua kisah mengenai hilang nyawa….. satu kisah mengenai hilang nyawa selepas merompak….kisah di mana seorang penjenayah ditembak mati oleh polis kerana cuba melarikan diri selepas merompak

Kisah kedua pula mengenai  seorang pelajar yang kehilangan nyawa kerana ingin cuba menyelamatkan rakannya daripada lemas, namun begitu kedua-duanya mati lemas di Jeram Linang, Pasir Puteh



Kedua-duanya pasal kehilangan nyawa…..aku yakin anda semua mungkin berasa kasihan pada kisah kedua berbanding yang pertama…..Bagi kisah yang pertama itu, mungkin ada terlintas dalam hati kita

“Padan muka dengan dia sebab mencuri”

Siapakah kita untuk menilai seseorang itu?


Sepatutnya kita fikir pula bagaimana pula pengakhiran hidup kita? Biarlah hidup kita di dunia ini, memberi kegembiraan kepada orang lain, bukannya melahirkan kebencian…… Sesungguhnya, sama ada kita masuk syurga atau neraka…itu adalah kerana rahmat Allah….

No comments:

Post a Comment