Wednesday, February 19, 2014

Penyakit pelajar semester akhir

Bukan Sekali…tetapi sudah banyak kali aku perhatikan, ragam pelajar-pelajar semester akhir….. mesti akan dijangkiti satu penyakit yang sama….

Kebetulan, ini kali kedua aku pegang kelas pelajar semester akhir….aku perhatikan “penyakit” ini mesti berjangkit kepada pelajar semester akhir

Penyakit apa?

Penyakit mula hendak aktif pada semester akhir……sedangkan sebelum ini sudah ada 3 semester berlalu…. mereka tidak hirau langsung mengenai aktiviti kolej… Dulu mereka hanya tahu, pergi ke kolej, belajar dalam kelas dan balik ke rumah….Kalau ada sebarang aktiviti yang berlangsung di kolej, jangan harap hendak melihat muka mereka masuk…hendak melihat bayang-bayang mereka, lagilah jauh hehe

Tetapi apabila sudah berada di semester akhir iaitu semester keempat, mereka mula berubah….mula menjadi peramah, tegur dan bergurau dengan pensyarah….mula datang awal ke kelas…..dan yang paling aku terkejut, mula hendak menyertai aktiviti kolej dan mengisi masa lapang dengan bersukan di kolej…..

Aku rasa mereka hendak meluangkan sebanyak mungkin masa di kolej, kerana mereka sudah berada di semester akhir….mungkin mereka akan rindu kolej ini nanti apabila sudah habis belajar nanti….

Bagi aku…..aku gembira dengan perubahan ini, mungkin belum terlambat lagi untuk mereka berubah…. Aku harap perubahan ini akan berkekalan sehingga mereka memasuki alam pekerjaan nanti… Perangai yang elok itu haruslah dikekalkan, perangai yang tidak elok itu….cubalah tinggalkan perlahan-lahan ye… hehe


 bergambar dengan pelajar aku selepas persembahan nasyid :)

Nota kaki: Ingin menyertai kursus pendek asas pembinaan blogspot? Daftar sekarang.. Segera!! Hubungi kami di talian 06-9783597 (Pn. Norazila) untuk tempahan kursus atau di facebook


No comments:

Post a Comment